Thursday, December 12, 2013
APA CERITA?!!!
Apa cerita?!
Tekejut tak???
Almost setahun setengah CheTens tak menjengah ke blog ni.
Address blog ni pun kawan CheTens yang bagi...
Kalau tak kerana kelas refresh pasal blog harini,
memang takdenya CheTens nak bukak balik blog ni. hihihi
Teruk tak? :P
Btw, Thanks to kawan CheTens CikNorma untuk alamat blog ini ya.. :P
Hmmm...
Apa nak cerita ya?!
Apa yang jadi pada CheTenS dalam tempoh setahun setengah ni yea?
ewahhhh.. macam la ramai je yg nak amek tahu pasal ko tu kan.. :P
Okla...
Pendek cerita...
CheTens skang ni dah di Malaysia.
Hampir dua tahun setengah di bumi tercinta ini... :)
Daaaaannnnnnn.....
Sekarang ni dah tak solo lagi macam dulu.. :D
Sudah berdua...
Dengan siapa? tettteetttttt....
Tengokla kalo CheTens rajin CheTens udpate lagi ya!
babai...
Love!
Wednesday, March 21, 2012
mana oOhhh mana remote ku!
Kehulur kehilir dari ruang tamu... bilik... langsung ke dapo CheTens mencari remote tv yang entah di mana CheTens letaknya.
Baru sekejap tadi ada kat tangan! Haaiihhh...
Terasa nak bebai* pun ada... ;(
Duduk sat...
Tarik napas... CheTens cuba ingat kembali kronologi kehilangan remote tadi.
Tiba-tiba... Ting! (imagine muka chetens lps tu ada mentol lampu atas kepala) :P
CheTens senyum... Tampar dahi...
Bangun dan berjalan ke dapo semula... Buka peti ais...
Nah!
Elok je remote aku dok bersauna dalam tu...
Ceh!
Ape celop der...
Dah tua la tuuu...
Sabo jelah haku!
*bebai = mengamuk :)
Monday, March 19, 2012
Tido dalam KERETA?
Halu halu halu...
Sedar tak sedar dah nak penghujung bulan Mac 2012! Cepatnyaaa masa berlalu...
Haaa... Gempak tak baca tajuk entry CheTens kali ni? ;P
Korang mampooo?
Al-kesah!
Di suatu hari last week yang amat menyejukkan... Lunch time... CheTens takda plan nak kemana-mana tengahari tu. Punyala gelisah (sebab terlalu sejuk)...
Tak tentu arah dibuatnyaaa...
Masok bwh meja sejuk, dlm surau sejuk, dlm toilet... Emmm... Boleh tahan la kurang sejuknya!
Tapi... Secara logiknya, takkan nak lepak di toilet tu sampai abis lunch hour? Ohhh NO!!!
Tak fikir panjang, CheTen amik dompet & kunci keta tros berlalu keluar... Dalam kepala hotak ni belom ada plan nak kemana2. Perut pun tak lapar. Kalo tak ada la tujuan nak kemana2 kan. Haaiihhh!
Last-last...
Apa yang CheTena buat adalah...
Masok dalam keta... Lock... Turunkan seat... Tido!
Haaa... Hambik!
Ko mampo?
Punyala kuat ion sejuk dalam badan CheTens, smpaikan tido dalam keta tu CheTens tak hidopkan enjin pun. Juz bukak tingkap depan sebanyak 3 inchi! ;)
Legaaaa.... Dannn... Lena! ;P
Tuesday, January 10, 2012
KIPAS LIPAS!
*Oleh kerna CheTens tak dapat meng'upload gambaran kipas tersebut di entry lepas. Maka dengan ini CheTens membuka entry baru terhadap Kipas Lipas tersebut!
For those yg tak paham, sila baca entry CheTens yg lepas2 ya!
Tengs!
*Love*
Video Clip!
Pernah tak korang berangan buat-buat video clip depan kipas angin? Sambil2 nyanyi lagu kegemaran... Rambut terbang2...
Mesti pernah kan... Kaaannn.... Jgn tipu... Dosa! Hiks... ;P
Semalam...
Setelah beberapa tahun CheTens meninggalkan dunia pembikinan video clip depan kipas angin ni... Tetiba smlm berbekalkan sebuah kipas angin mini setinggi 10cm (alaaa... Kipas angin yg mudah dibaw kemana-mana menggunakan bateri tu) CheTens mula membuat video klip SS (syiok sendiri). Korang tau2 jelah kekuatan angin yang dihasilkan dgn kipas angin sekecil itu. Tak puas hati, CheTens mula memdekatkan kipas tu ke muka. Motif? Supaya angin terasa di muka dan dapat mengerbangkan rambut CheTens *verangan*
Kedepan kebelakang kedepan kebelakang tangan CheTens membawa kipas tersebut sambil menyanyi nyanyi riang berangan ala2 retis...
Sekali... Punya la kusyuk dok berbideo klip, nak dekat sangat kipas tu dengan muka kaannn... Hambikkkk... Rambut CheTens dah termasuk belakang kipas yang dok pusing tu... Padan muka aku!!!. Nasib baik CheTens pantas meng'offkan kipas tersebut. Kalo takkk... Sadaqallahul 'azim la rambut ku ittewwwe... ;P
* kipas tersebut :)
Friday, January 6, 2012
Confident!
Tepat jam 6ptg, CheTens smpai di parking apartment CheTens. Kemas-kemas barang2 yang perlu dibawa naik ke rumah. Dengan langkah yg lemah seperti org yg baru pulang membajak sawah, CheTens melangkah ke lift - tekan butang 12! Ade sorang akak pun naik lift yg sama. Lift bergerak.
Ting!!!
Lift berhenti. Pintu terbukak. Akak tadi keluar. CheTens pun ikut keluar. Riak muka akak tu tersenyum. Hati CheTens berkata "laaa.. satu floor ka? Haaiiihhh... (geleng) jiran sendiri pun aku tak kenai!"
Lemah CheTens jalan ke pintu rumah (berseret kaki- mcm tak larat beno). Sempat lagi CheTens menjeling ke arah umah depan. "waaahhh... dah lain deco umah kak su (kakak depan rumah). Rak kasut dh lain cara deconya. Siap ada benda gantung kat pintu tulih 'welcom' " *senyum*
Kemudian CheTens kembali ke grill rumah CheTens untuk dibuka mangganya. Tiba-tiba.... "ehhh... Apesal mcm lain ja! bila plak rak kasut aku ada kat luaq? huhu!"
Adehhh!
Rupa-rupanya hadirmu hanya bersandiwaraaaa.... ehhh! Nyanyi plak... :P
Rupa-rupanya CheTens dah salah floor! Huh! ;(
Konfiden je CheTens kuaq lift tanpa tgk dulu. Nak tau tak CheTens turun tingkat berapa???? Tingkat 6 uolssss... Patut la akak tu kuar smbil tersenyum. Rupanyaaa tersenyum sebab CheTens salah floor!!!!
Uuurrgghhhhhh..... CONFIDENT!!!!
Love!
Nota kaku: Hambikkk... 2 entry dlm 1 hari! ;P
Impian setiap Insan~
Melihat tersergamnya sesebuah rumah membuatkan hati melonjak!
Apatah lagi jika pemilik rumah tersebut adalah milik diri sendiri...
Yaaahhhh.... Semestinya itu adalah impian setiap insan!
Insya Allah itu juga akan berlaku pada CheTens... Tak sabar nak memiliki rumah sendiri.
Seronok melihat kegembiraan rakan2 yang sudah memiliki rumah sendiri... Tahniah!
Terima kasih Allah di atas segala kurniaanya. Alhamdulillah!
Insya Allah impian akan menjadi kenyataan...
*Love*