Friday, December 31, 2010

Detik 2011...

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, December 31, 2010 2 pendapatan korang? ;P
Sunyi sepi je facebook hari ni, maklumlah semua kekawan di Msia nun telah diberikan cuti sempena kemenangan pasokan Msia menumpaskan pasokan indonesia dgn aggregates 4-2!!!
Msia menumpaskan pasokan Indonesia dlm game apa CheTens Ooiii???
errr... Perlawanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 laaahhh... (hambiiikkk... nama penoh aku kasikkk! :P)
Yelaaahhh.... manalah tau lagi seploh tahun akan datang bila buka & baca balik entry neh mesti tertanya2 kan? perlawanan apakah yang dimenangi oleh Negara MALAYSIA itu?? hihihihi... (issskkk.. awatlah CheTens dok ckp sengsorang plak neh? maap nOoo...)

Opsss... Lupa plak CheTens ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kpd pasokan bola sepak negara yang telah menjulang piala Suzuki 2010 tersebut buat julung kalinya setelah 16 tahun kehausan dan kesuraman di arena kebolasepakkan! :p
CheTens doakan semoga kalian teros success! andddd......
Lps ni plis jgn dok cari publisiti & glamor je okeh! ngee~~

OoOohhh... Kalau ikutkan jam di komputer CheTens ni, lagi 11jam kita akan malangkah ke tahun baru! Tahun 2011!!!

Bersedia atau tidak... Bolos saja tahun itu! hiksss...
Semoga tahun yg bakal mendatang ini lebih mematangkan kita k...
Yang pastinya CheTens akan tetap merindui tahun 2010 ini! huhuuuu...

Muaaahhhxxx....


Notakaku: Walaupun saya rakyat Malaysia, saya tetap bekerja pada hari ini. Sekian.


Wednesday, December 22, 2010

Pix of the day! - Family Holiday!!! ;)

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Wednesday, December 22, 2010 0 pendapatan korang? ;P
CheTens nk share gambr2 antara beberapa tempat2 yg CheTens bwk family CheTens jalan aritu!

Jom tgk! ;)


Taipei 101

Chiang Kai Shek Memorial Hall


Taipei International Flora Exposition

Yehliu Geopark




Sun Moon Lake




The Peak, Hong Kong...

The Peak...

Teruja dpt bergambar dgn Capt. Jack Sparrow aka Johny Depp! (smpai kembang idong den) ekekkeke.... :P

Hong Kong Disneyland! wOootttt... ;)


Cinderella Castle di waktu malam... :)


hihihihi.. ade lagiiii.. tp tempat2 tu je yg CheTens nk highlight! ngeeee~~~
Cuti kalini mmg berbaloi2... Alhamdulillah rezki yg Allah bagi, Chetens dpt share dgn famli! :)

Tuesday, December 21, 2010

Sendiri Lagi... :(

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, December 21, 2010 3 pendapatan korang? ;P
Lama kan CheTens tak udpate blog ni kaannn...
Bkn nya apa, last 3 weeks CheTens punya family datang bercuti kat Taiwan ni!
tak sempat nk hapdet, memasing pakat dok berebut notebook yg satu ni! Sronok rasanya... hihiihi...
Cepat pulak masa berlalu... sedar tak sedar dah 3 minggu dorang kat sini...
Tiba masa tuk pulang ke tanahair! huhuhuhu...
Arini.. ptg tadi CheTens hantar dorang ke airport Taipei! sedih jeee...
Adik CheTens yg manja tu memula control hensem, last2 nangis jgk! hihihi..
CheTens??? CheTens cool je! :P

So, now back to normal life!
Sendiri lagi.... :((
Kalo dulu, balik je keje makanan dh siap di masak cuma tggu nk hidang je!
Mulai esok, tidak lagiii... takdak lagilah org nk tolong bukakan pintu bila CheTens balik keje nnti! OoOohhh.. sediiihhh... haaaiiihhh....
Takmo lah cerita panjang2... nnti CheTens sedih lagi! :(

Ok... nnti bila CheTens dh ok... dh ade cerita baru... CheTens update k!

Notakaku: already miss my family! :(

Wednesday, December 1, 2010

Kedatangan Yang Di nanti!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Wednesday, December 01, 2010 2 pendapatan korang? ;P
hihihiihhi.... *sambil senyum lebar*
Entry kali ni best sebab.... sebab... hihihihi.... sebab CheTens nk kongsi kegembiraan dengan semua.
Pada hari ini jam 07.45mlm Alhamdulillah ahli keluarga CheTens telah selamat tiba di Taipei! ;)
CheTens syiok sgt sbb lps ni taklah sunyi sgt rumah CheTens ni! hihihii...
Lps tu nnti lps balik keje tak perlu pikir psl dinner sbb Chef besar aka abah CheTens dh siap masak! (agaknya laaahhh... ;p) alamakkkk!!! gemukslah CheTens nnti!
Abah & adik CheTens dtg selama 3 minggu, manakala (manakala? perrrgghhh... bahasa baku la pulak! heee... ) manakala kakak CheTens cuma 2 minggu je! hihiihi...
Bestnyaaa... yg pasti, jadual selama 2 minggu pertama ini sgtlah padat... taktaulah CheTens sempat nk hapdet ke tak blog ni! huhuhuhu....
Oklah, CheTens dh ngantuk laaahhh....
Baru lps settle segala beg dan sebagainya.... nk tido, esok keje! huhuuhu...

Selamat Malam semua....
Harap anda bertemu mimpi yg indah malam ini! :))))

Notakaku: sempena kedatangan inilah yg membuatkan CheTens rasa seperti pompuan tua aritu! hihiihi... ;)

Monday, November 29, 2010

Pompuan Tua 85tahun!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Monday, November 29, 2010 2 pendapatan korang? ;P
errrkkkk.... apakah entry kali ni????
Kesahnya pasal pompuan tua yg berumo 85 tahun!
Siapakah beliau???

Beliau adalah CheTens sendiri!!! ngeeee~~~
Apsal jadi mcm tu? haaa... ni nk cerithaaa...

Al Kesahnya... sabtu yg lepas CheTens dgn rajinnya mengemaslah sket umah CheTens yg lama tak dikemaskinikan tuuu... Al maklumlah sempena tuuuuutttttt.... hihiihhi...
Sempena apakah? nnti CheTens ceritha di lain entry k! ;)
Ok sambung....
Sedang asyik CheTens dok mop lantai sambil diringi lagu hindustan, tetiba....
aooouuccchhh... mcm pinggang CheTens terkehel... takbleh nk bongkok, takbleh nk tegak! ahhh... sudah!!! cuak jappp!!! CheTens tarik napas slow2... cuba tak panik.. pelan2 CheTens tegakkan badan! fuuuhhhh.... berpeluh jgklah... Then, dh ok.. CheTens cuba nk teroskan keje2 umah... tp tak mampuuu uolsss... OooOohhh... CheTens hampir jadi oku pada hari tersebut. So, CheTens terus melupakan hasrat utk mengemas rumah ittew secara drastik... sO, CheTens kemas secara 'asbol' jelahhhh...
*asbol = ASal BOLeh :) (pinjam ayat seseorang) ;P


So, kesimpulannya.. pada hari tersebut dan hari2 seterusnya CheTens rasa diri ini seperti pompuan tua berumo 85thn.... sgguh tak selesa tau!!! huhuhu...
Tambah2 time nk rukuk... sgt terseksa! huhuhu...
Tp malam ahad semalam, badminton tetaaaapppp!!! hahahhaha...


Alhamdulillah arini dh okey sket CheTens rasa... emmm.... perasaan arini rasanya seperti pompuan tua berumo 65 tahun setengah! ekekekkeke.... :P

Notakaku: all pix.. CheTens amik from pakcik gugel! ;)


Friday, November 26, 2010

Cinta itu MAGIK!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, November 26, 2010 3 pendapatan korang? ;P

Cinta itu MAGIK, hari ini kita memBENCI siapa tahu esoknya kita MERINDU!

perrrgghhhh... tak bleh blah kan intro CheTens kali ni! hihihii... ;P

Macam ni ceritanya, semalam CheTens dok dgr luahan hati sorang kawan CheTens pasal masalah cinta beliau. Kesahnya, beliau telah dikenenkan dgn seseorang oleh seorang kawan ditempat kerja. Maka mulalah episod sms'an... dari hari ke hari... nk dijadikan cerita, nOw zaman dah canggihkan, maka mamat ni pun (kwn CheTens ni pompuan) srh lah kwn CheTens tgk dia punya fesbuk untuk nk melihat gambar beliau. Lps je tgk gambar mamat ni, kwn CheTens ni terus tawar hati... Tak bekenan kata dia! huhuhuhu... haaaaiiihhh...
Kwn CheTens ni pun nyesal lah sbb dh terlanjur sms mamat ni itu ini... Mcm bagi harapan kat mamat tu pulak kata dia! hihihi...
CheTens pun nasehatlah bahawa zaman skang ni, rupa paras udah tak penting, hati budi tu paling penting! manalah tau mamat tu mempunyai sekeping hati yg molia kan! :)
Nasihat punya nasihat lalu terkeluarlah ayat tersebut dari kotak pemikiran CheTens! kwn CheTens tu terus tekedu dgn kata2 keramat tersebut! hebat kannnn???? hahahhaa...
Lalu beliau pun menerima saranan CheTens supaya berkawan-kawan dahulu dgn mamat tersebut! manalah tauuu kaaannn... kalo dh jOdoh tak kemana... BENCI2 kemudian RINDU!!! ;D




Thursday, November 25, 2010

Buat yang Terbaik!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, November 25, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Di kala ini... di waktu ini... di kala hati merasai perasaan ini... tetiba Chetens teringat pesan dari seorang abang... 'Buat yang terbaik' kata dia....
Dan sekarang CheTens sedang mencuba membuat yang terbaik. Tapi persoalannya terbaik macamanakah? haaaaiiiihhh... soal hati ni mmg susah kan? emmmm...
Apa yg kita rasa, tak sama dengan apa yang kita pikir... sudahnya... hati jugak yg sakit... merana ... tak keruan ...... entahlahhh...

Apa yg CheTens merepek ni haa???
hmmm... mcmnilah kalo cuaca dok suram2 katak mcm ni mulalah emosi tak stabil kekdahnya! hihihihi... nnti kalo emosi CheTens stabil, CheTens cerita lagi nOoohhh... Insya Allah! :)

Notakaku:
Tertarik dgn status Ustaz Zawawi Yusoh di facebook harini, tulis beliau...
cinta terkadang BERMULA di mata, sedangkan rasa SUKA dimulai dari telinga Jadi jika kau mau berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kau mencoba menutup matamu dari orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi tetesan air mata dan terus tinggal dihatimu , cintailah n sukailah Allah ...


Sunday, November 21, 2010

C.I.N.T.A

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, November 21, 2010 2 pendapatan korang? ;P
CheTens dok dgr siaran radio THR Gegar online segmen 'CINTA GEGAR'. Dimana segmen ni para pendengar boleh meluahkan kisah suka duka percintaan mereka untuk dikongsi bersama pendengar! Jiwang jgk kan CheTens neh kannn... tp CheTens ni mmg jiwang orgnya... nmpk je kasar, tapi dalam hati ada taman! wakakakkaa... :P

Boleh dikatakan setiap malam CheTens akan layan siaran ni! :)
Kadang2 CheTens hairan, ada caller yg menelifon DJ bertugas menceritakan masalah percintaan mereka... menangis... kecewa.. merayu supaya pasangan mereka kembali... haaaiiihhh... apakah mereka tiada perasaan MALU???
Tapi bila CheTens pikir2kan kembali... apa itu CINTA... CheTens sudah tidak 'hairan' lagi!!!
Cinta membuatkan sesorang lupa... lupa apa itu malu... yang mereka tahu... mereka inginkan kasih sayang.. kasih sayang yg dapat membuai perasaan...
Baru sebentar tadi ada seorang caller lelaki menelifon DJ merayu supaya kekasihnya pulang ke pangkuannya setelah 5 tahun menyulam cinta! haaaiiihhh... bertuah sungguh wanita tersebut kerna ada seorang lelaki yg menangis.. merayu.. supaya dikembalikan cintanya... terharu CheTens!
CheTens pernah terdengar satu pepatah... Cinta tak semestinya bersatu... benarkah? :|

aaaiiikkk... CheTens bercerita pasal CINTA??? apa yg CheTens tahu pasal CINTA???
Layakkah CheTens yg tiada mempunyai 'Cinta' ini berkata-kata tentang C.I.N.T.A.? hahahha... :D
CheTens selalu berdoa agar suatu hari nnti CheTens di kurniakan seorang lelaki yg dapat membimbing CheTens di dunia dan akhirat! AMIN.... :)


Notakaku: Tak semestinya perpisahan didalam percintaan itu adalah kerna perasaan benci atau tiada lagi kasih sayang didalam hati. Adakalanya perpisan itu terjadi kerna kasih sayang yang sangat mendalam! :)


Thursday, November 18, 2010

Amazing Race Session 4 - *SIGH*

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, November 18, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Team Malaysia sudah terkeluar minggu ni... *sigh*
Tough fight dengan team Richards!
CheTens mmg sokong Richards, tp sedih gak bila tgk Eathan & Khaire terkeluar! huhuhuu....
Lg syahdu bila Khaire ikat bedera Malaysia kat beg dia! huhuhu...
Nampaknya pencapaian Msia session ni sampai ke 5th place jelah...
Walau apa2 pun, tahniah utk Eathan & Khaire! ;)

Notakaku: Salam Aiduil Adha.... ;)

Tuesday, November 16, 2010

AIDILADHA 2010

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, November 16, 2010 2 pendapatan korang? ;P
Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam di dunia!

Menyambut raya di perantauan sungguh menyedihkan... walaupun raya qurban!
Pagi ini tatkala melangkah masuk ke perkarangan masjid Taipei... perasaan syahdu... Sangat! haaaaiiihhh...
Rindu betul CheTens dgn kampung halaman...
Alhamdulilah tahun ini CheTens dapat menunaikan smbhyg sunat Aidil Adha di Taipei!
Suasana kat masjid sungguh sayu.. tak kira apa bangsa, warna kulit semua bersatu menghadap yg MAHA ESA! Alhamdulillah... Sambutan jemaah disini cukup meriah. Saf Lelaki sampai ke luar! Alhamdulillah...

Sedikit gambar2 sekitar pagi raya di Masjid Taipei pagi tadi...









Notakaku: Salam ukhuwah...

Sunday, November 14, 2010

Char Keay Teow!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, November 14, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Haaaiiihhh.... balik main badminton ni CheTens rase lapo plak!
Tetiba teringin nk mkn Char Keay Teow! boleh gituuuu... huhuhuuh...

Ni pix Char Keay Teow yg CheTens gugel... haaiiihhh..
Meleleh air mata CheTens metengoknyaaa... hhuhuuh... :'(

Notakaku: berharap ada org bell pintu hntr char keay teow sepinggan! hahahha... :P

Thursday, November 11, 2010

Tragedi sepanjang 3thn disini! :P

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, November 11, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Al kesahhh...
Hari selasa lepas (tk sempat nk hapdet pada hari tersebut) kejadian berlaku di pejabat CheTens! Semua officer kuar pegi official function. So, di opis tinggal CheTens dgn sorang local staff jelah...
Tetiba... Jeng!
Ada sorang org awam (Taiwanese) ni dtg nk settlekan urusan kematian anak beliau yg mati bunuh diri. Dokumen dia tak bleh nk settle petang tu sbb all officer takde nak sign dia punya dokumen! apa lagi... pakcik tu mula mengamoklah... Dia jerit depan muka CheTens sambil tangan dia tumbuk2 meja! haaaiihhh...
Cuak jgk CheTens time tuuu... Nk nanges pun ada! Dah la CheTens & staff tu dedua pompuan...
Then local staff tu teros call police! huhuhuhu....
Nasib baiklah abg polis yg kacak itu cepat smpai! huhuuh
Tu pun pakcik tu dok jerit2 laggii.... haaaiiihhh...
Then kemdian, polis tu ckp apa ntah (cheTens tak paham sbb depa ckp cina) pastu pakcik tu tros blah smbil bebel2!
emmm... tulah pengalam paling tak best sepanjang CheTens kat sini...
Menggigil badan kejap lps kejadian tuuuu.... :(

Notakaku: Terkaku jap CheTens diketika ituuu...


Sunday, November 7, 2010

Keguguran Rambut!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, November 07, 2010 0 pendapatan korang? ;P
haaaiihhh....
CheTens dok ssh hati sbb CheTens menghadapi Masalah Keguguran Rambut yg agak KRONIK! huhuhuhu... taktaulah nk berubat mcmana lagi... buleh dikatakan every 2 month CheTens akan pergi buat treatment rambut ku ini! huhuhu...
Sesapa ade petua bleh la drop mesej di ruangan komen yep! TQ~

Notakaku: CheTens dh rasa mcm pesakit lukemia dah! huhuhuhu... :(

Friday, November 5, 2010

Genap 3 Tahun!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, November 05, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Hari ini, genap 3thn CheTens berada dibumi Taiwan ini.
Bak kata pepatah, Hujan emas di negeri orang... Hujan batu di negeri sendiri... lebih baik Negeri sendiri! huh....
CheTens SETUJU dengan pepatah ini.... Walau se'best' manapun kita dinegara org, negara sendiri berganda bestnya... ini pendapat CheTens lah....
Sesungguhnya CheTens mmg dah terlalu rindu pada keluarga2 terchinta, sahabat handai, makanan2 Msia yg best itu dannnn ........ (plis fill in the blank) hihihiih....
Sudah smpai masa kot CheTens memikirkan ttg masa depan dgn lebih serius.... :)
Insya Allah, semoga apa yg ada dalam hati CheTens ini akan menjadi kenyataan dan semoga ALLAH akan mempermudahkan urusan 'itu'! AMIN :)

Menyingkap kembali 3 tahun lalu sewaktu CheTens pertama kali tiba Taiwan disini.
Perasaan CheTens seumpama 'pasemboq'.... Hari itulah juga kali pertama CheTens naik kapalterbang dan bila di ingat kembali kenangan2 itu, lucu pulak rasanya... hahahaha... Nasib baiklah CheTens naik 'business class', tidaklah nmpk sgt kekekokkan tuuu... :D

3 Thn lalu, pd jam yg sama CheTens berada di Sun World Dynasty Hotel, Taipei.
CheTens juga dpt rasakan kesejukkan yg sama serta deruan hujan renyai diluar itu. Sama! cuma bezanya, skarang CheTens berada di ruang 'master bedroom' kediaman CheTens yg hampir 3 thn CheTens huninya... hmmpphhhh.... cepat betul masa itu berlalu....
Ingat lagi pertama kali CheTens mula2 menjengah masok ke kediaman ini..... 5 hari selepas CheTens menetap di Hotel... Rumah ini... aaahhh.. sungguh sunyi... suram... kelammmm...
Hari ini... juga masih sama... sunyi! tp tiada lagi suram dan kelammmm.... CheTens rasa jika tiba waktu utk CheTens tinggalkan bumi Taiwan ini, pastinya CheTens akan merindui kesunyian serta kedinginan ini... Tapi yg pasti... ketika ini.... hati CheTens sudahpun berada di Malaysia. Harapan utk pulang itu menggunung... dan CheTens menanti khabar gembira itu... :)

sepintas kenangan lalu...

antara ahli kuarga yg turun ke KLIA pada hari tersebut. Thanks all... miss u all so much! huhuuhu...

wif my mak sedara.... huhuuhuh...

wif my adik! miss him... huhuh

Thanks norma, sanggup turun KLIA w'pun kena masuk office pagi tu... Really appreciate it fren! TQ jgk for the kerongsang, till now i still keep & wear it! ;)

atas flight....

Permandangan dari luar tinggap bilik hotel...

Breakfast wif Uncle baha (PA yg sy ganti) dan isteri...

CheTens.... masa memula tiba di Taipei, Taiwan (bam bamnyaaa... ) :P

Notakaku: sebak bila tgk gambar2 lama.... huhuuh... :(

Thursday, November 4, 2010

Belated Bufday Gift!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, November 04, 2010 0 pendapatan korang? ;P
*yawn*
Sempat lagi kan CheTens menguap! hihihiih...
Bkn apa, skang ni time lunch hour CheTens... CheTens arini puasa, puasa ganti..
Last day dah arini! hihihii.... Actually mata dh ngantuk, so utk ngelakkan CheTens dpd tido di tengahatri yg sejok gedi ini, CheTens telah mengambil keputusan utk menghapdet ini blog! <---- apalah yg CheTens dok merepek kan? hhiihhihi...

Kesahnya...
Semalam cheTens dpt lagi bufday gift from kwn disini, Ayu nama diberi...
CheTens panggil dia kak ayu bcoz dia tua dpd CheTens! :)
Nk tau apa yg CheTens dpt????

Tadaaaa....


Comei takkk???
best.. CheTens sgt soka ini present!
Wangggiiii selalu.... ;)


Notakaku: sape2 lagi yg nk kasi hadiah bufday atau apa2 hadiah dialu2kaaannn.... hihihihi... ;P


Tuesday, November 2, 2010

Pix of the day! - lagi gambar bowling

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, November 02, 2010 0 pendapatan korang? ;P










Sunday, October 31, 2010

MoOd WINTER!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, October 31, 2010 0 pendapatan korang? ;P
MoOd winter suda mariiii... Yeehaaaa....
Memandangkan temperature di Taipei ni makin hari semakin drop, maka CheTens telah meluangkan masa utk men'sopping beberapa keperluan utk kedatangan winter ini! hihihi...
Mood shopping pon agak bagus... so, apalagi memborong sakanlah CheTens semalam!
Antara hasil tuaian semalam.... ngeh.. ngeh.. ngehhhh... :P

1. Jaket winter yg mmg CheTens dok bayang nk beli sejak summer aritu.. jln punya jln memula tak jumpa jaket yg bekenan... akhirnya... hambikkk... 2 helai CheTens hangkut! hihihhi....

2. Winter boot! over takkk??? hihiihhi.... mmg trend mcm ni yg dipakai kat sini! cute... ;p

3. Shawl... rasanya kat mesia pun ade shawl mcm jgk kan??? kat sini shawl depa buat mafla utk cover tengkuk depa! colourfull kan??? :)

4. Dan beberapa brg2 kecik2 yg lain... malas CheTens nk snap pix! amik gmbr brg2 yg melatops je! hihihihi.... bias tak??? hahahha... ;p

OooOhhh... actually, pagi sababtu semalam CheTens ade pertandingan bowling! anjuran PERWAKILAN (ladies club). CheTens jd urursetia dan jugak peserta! Team CheTens diberi nama Laksamana Hang Jebat. Team kitaorang dapat no. 4 dpd 6 team.. Oklah kannn... hihiihi...

Adelah beberapa pix g sempat CheTens snap... tu pun pkai hp CheTens je! malas nk hangkut kamera! :P jadilah kaaann... hihihiih....

Jom layan gmbr....

Masa ambik hadiah! :)

Ngeeee.... ;P


Notakaku: Kalo ada gmbr tambahan nnti CheTens upload ok! ;)

Thursday, October 28, 2010

Amazing Race Session 4!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, October 28, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Yeaaahhh....
Semangat nk menulis ni sebab kesah psl sokan2 yg perlu keaktifan! hihihihi...

Kesahnya...
Now every Thursday at 11.00pm (pm okeh!) CheTens dok menonton melayan rancangan AMAZING RACE ASIA yg merupakan rancangan kegemaran CheTens sejak dolu smpai skang...

Berikut adalah senarai peserta rancangan tersebut....
Susunan mengikut team favorite CheTens:


1. Richard & Richard - Philippines
CheTens soka depa sbb depa hensem & tough! hihihhi... ;p



2. Ethan & Khairie - Malaysia
W'pon depa adalah pilihan kedua CheTens, CheTens sgt berharap depa menang Amazing Race session ni sbb depa from Malaysia


3. Dimple & Suhaina - India
W'pon depa2 ni mcm model, tp depa tak control.... depa sgt tough okey!


4. Hilda & Ivan - Malaysia
Pasangan suami isteri yg agak lucu.... Hilda is soOoo.... i dunno how to describe her!
For those yg layan session ni, tahulahhhh.... ;D

Have been ELIMINATED

5. Michelle & Claire - S'pore
emmm.... No comment!


6. Jess & Lani - Phillipines


7. Sahil & Manesh - Indian
Indian boy yg agak kelakar...

Have been ELIMINATED

8. Natasha & Hussein - Father & doter from Indonesia


9. Alan & Wendy - Couple from Hong Kong

Have been ELIMINATED

10. Nadine & Yani - Indonesia

Have been ELIMINATED

This week dorang fly to New Zealand!
Perrrgghhhh.... agak tough gak task this week!
CheTens teringin gak nak masuk.... tp CheTens dok pikir, sanggupkah CheTens nk buat task2 yg ngeeerriii ni! huhuhhu....

Result minggu ni:
1. Richards - Yeaaaayyyy!!! i luv it a'ahk ahak... i luv itttt!!!! ;D
2. Natasha & Hussien
3. Michelle & Claire
4. Jess & Lani
5. Khaire & Ethan
6. Suhaina & Dimple
7. Ivan & Hilda -Have been ELIMINATED!
But wut van have been said to his wofe is sOoOo sweet!
Lebey kurang mcm ni lah bunyi ayat ivan "in married life it must be balance each other"
OoOoohhh soOo touching! huhuhuhu....

Notakaku: CheTens dok layan Amazing Race sambil dok lap hingus! huhuuhu.... Haaakkkccchuuummmm.... haaaiiihhhh....

 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei