Friday, January 28, 2011

i'm not feeling well... :(

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, January 28, 2011 3 pendapatan korang? ;P
Today CheTens rasa mcm tak brapa sehatl!!! huhuhuu...
kesahnya bermula semalam....
Taktau pasaipa, lps mkn smlm rasa mcm 'mengkelan' ja...
tau tak mengkelan tu apa? mengkelan tu bahasa utara yg mana maksudnya adalah makanan yg kita mkn tu still kat tekak, taknak turun ke perut! lebey kurang mcm tu lahhh maksudnya...

ok...
CheTens dinner dalam pukul 7.30 mlm smlm.. Lps makan CheTens dok layan tennis Australian Open. Time tu perut dok rasa tak sedap dah... tp CheTens tahan lagi... CheTens minum air nk kasik makanan turun ke perut, tp taknak jgkkk... masa tu boleh tahan lagi...
Then... layan movie kat tv pulakkk... smpai lah pkul 11.30 still mcm tu + makin teruk...
Nk ddk tak selesa... berdiri pun sama... Rasa mcm nk muntah... tp taknakkk.. rasa mcm nk terBerry.. tp tak nak jgk! haaaiiihhh.. serba tak kena!

Abis movie pkul 11.30.. CheTens masok tido... tp tak bleh!
Mengiring ke kiri salahhh.. ke kanan salah.. menirap lagilah salaaahhh... haaaiiihhh apa kenalah dgn aku ni! :(
Lebey kurang dlm pkul 12.15 CheTens rasa mcm nk muntah... tros bingkas bgun ke toilet... dannn.....
blueeewwweekkkk!!!...... blueweeeekkkk!!! dan blueweeeekkkk!!! lagiiii...
abis kuar segala isi perut yg CheTens mkn tadi! huhuhuu....
Ok dah lega sket... tp mengkelan tu still ada! huhuu...
CheTens naik semula atas katil... tak smpai 10min... rasa mcm nk berry pulak! haaaiihhh..
Pegi berry duluuuu.... 1st yg kuar ok.. normalll... yg kemudian tuuu... mcm air la pulak! haaadoooiii.... tensen...

Selesai yg tu.. CheTens dh bole tido sket...
Kalo tak salah, dlm pukul 2.30pg.. perasaan yg sama muncul lagiii... OooOohhh tidakkk!!!
CheTens mula muntah dah ke toilet lagi! uwaaaa.... :'(
Serius sedih! teros teringat kat abah CheTens... huhuhuuu...
CheTens mula selongkar carik pil chi kit tek aun, sbb dgn amek pil tu Insya Allah akan kurang (sbb CheTens mmg jenis yg mcm tu)
Alhamdulillah ade sepeket lagi pil tu... tp... baru je nk telan pil tuuu... bluuweeekkk lagiii!!!
terkuar balik pil2 yg CheTens mkn tu! adduuhhhh... dh la ade sepeket je!
Lps tu CheTens redha jelaaahhhh.... huhuhu...
Lps dua 3 kali muntah & pegi toilet smlm barulah CheTens bole tido...

Pagi ni dtg opes lemau je! nk jln pun tak larat! huhuhuu...
Breakfast pagi ni, minum teh o je! kalo tgk makanan rasa mcm nk muntah! OOooOhhh... :(

Wednesday, January 26, 2011

Kurung Mode :)

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Wednesday, January 26, 2011 2 pendapatan korang? ;P
Harini CheTens Mode berbaju kurung ke pejabat :)
Selama ni kalo ke opis mesti pakai suit atau formal (berseluar selalunya)
So, arini memandangkan ada Mesyuarat Agong PERWAKILAN (nama singkatan bagi Persatuan Wanita Luar Negeri) dimana setiap ahli dikehendaki memakai pakaian kebangsaan :)
Excited betul CheTens nk pakai baju kurung ni. Yelah... dlm setahun bole kira dgn jari brapa kali pakai baju kurung.
Actually bukan tak bole pakai baju kurung, tapi paham2 lah kalo keje kat luar negeri ni. Kita bnyak deal dgn org luar, banyak nk gerak sana sini, juga faktor budaya. Lagipun senang pakai suar ni. Nampak lebih formal (dimata org luar) :)
Ini tak bermakna CheTens tak suka pakai baju kurung tau... Rindu betul nk pakai baju kurung!
Tp kalo pakai baj kurung time winter neh, mau beku jadinya! hihihihi... :P

Ok...
CheTens nk kongsi gambar2 fotogedik CheTens berposing berbaju kurung! Ngeee~~ :D

di perkarangan office....

dalam bilik CheTens.....

lihatlah bilik ku yg bersepah ruah itu... hahahha

apa yg korang nampak di sebalik gambar dibawah? hihihihi....


sebahagian ahli PERWAKILAN Taipei yg hadir pada Mesyuarat Agong tahun ini :)


Notakaku: sorilah kalo korang muak tgk pix CheTens... :P



Wednesday, January 19, 2011

Kena RASUK???!!! :\

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Wednesday, January 19, 2011 4 pendapatan korang? ;P
errrkkkk!!! apakah?
Korang jgn tekujat pulak bila baca tajuk entry CheTens kali ni! hihihihi..
Actually ini adalah kesah lawak antarabangsa! hahahhaa...
Nk tergelak CheTens bila teringat kesah semalam! :D

Mcm ni kesahnya...
Kejadian berlaku di petang hari semalam. Semua org dah balik. Tinggal CheTens dgn bos aje kat opes neh. Kira smlm CheTens dgn bos stay back la kat opes sbb ktorg dok menguruskan hadiah & kad sempena Chinese New Year utk diedarkan kpd org Taiwan neh! :)

Ok... dlm pkul 6.30 tu CheTens dok sms dgn adik CheTens smbil menunggu arahan seterusnya dpd Bos CheTens yg dok buat sesuatu kat dlm bilik dia tu.

Then sampai satu part tu CheTens tulis mcm ni kat adik CheTens:
Hampa tu memasing hot2 ciken shit! paham dak?

adik CheTens reply...
paham... hg ckp, ayam panas smpai memusing.. pa mksud dia?

bila baca sms dia tu maka CheTens pun mengekek la ketawa sengsorang! hahhaha....
hadoooiii... lembabs nya adik haku neh! hahahhaha... *gelak smpai teriak*

Then tetiba CheTens prasan Bos CheTens jenguk kat bilik CheTens slow2 dgn muka yg cuak!!!
CheTens pandang dia dgn sisaan gelakkan yg masih ada! muka dia cuak lagiiii...
Pehtu CheTens kata kat bos.. "sori bos! adik sy send sms lawak!" *gelak lagi*
Lantas wajah kelegaan terpancar di wajah bos CheTens tersebut...
lalu dia berkata... "laahhh... sy ingat faten kena rasuk!" *sigh*
CheTens sambung ketawa lagi.... LOL
Bila keadaan dah reda, CheTens tnya bos...
"lawak gila muka bos td!" hahahha.... kalo sy bebetul kena rasuk td cemana bos?" *gelak sbb teringat memek muka dia td*
Bos CheTens jwb... "tulahhh.... sy dh siap dok selawat2 dah dalam bilik... Bkn ape, sy ade pengalaman org pompuan kena rasuk time maghrib" *senyum*

lawak betul... hahahhaa...
Bos CheTens tu mmg penakut sket! wakakakakka... :P
CheTens bila teringat kejadian semalam mesti dok senyum2 sengsorang....
Ni tgh taip pun dok gelak sengsorang... hahahhaha... gila!!!

Korang rasa lawak tak sms adik CheTens tuuu...
Kalo korang jadi CheTens.. korang gelak tak bila dpt sms mcm tu??? wakakakka.. :P


Tuesday, January 18, 2011

Greetings! ;)

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, January 18, 2011 0 pendapatan korang? ;P
Assalamualaikum...
Hi uolsss... ape kabar? Hope semua sehat slalu yek!
Just drop by to say "HI" .... ngeee~~

Thursday, January 13, 2011

Nak balik ke takkkkkk??? uwaaaa.....

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, January 13, 2011 1 pendapatan korang? ;P
Salam uols! nyah mana pulaks yg menolih blog CheTens neh? hadddoooiiii....

hihiihhii...
sesekali menggunakan lenggok bahasa 'mereka' itu best jgk!
Very the lembut gituuuuhhhh.....

Actully CheTens tgh ronsing memikior keputusan yg perlu CheTens buat!
Mcm neh kesahnya...
Hari raya cina yg bakal tiba neh, di Taipei kami telah diberi cuti selama 3 hari, tambah weekend punya cuti maka bersamaan 5 hari bercutiiii... hamboiii, skemanya bahasa engkau! :P
Yang menjadi permasalahannyaaaaa...
Kebanyakkan rakyat2 msia disini telah mengambil kesempatan tersebut untuk pulang ke tanahair. Tp mereka2 itu sudahpun membeli tiket seawal dua bulan yg lalu. (sbb kalo beli lmbt2 tket berkemungkinan sold out ataupun harga akan mencecah ke paras tertinggi! huhuuhhu)
Maka dgn itu, CheTens akan keseorangan disini!
FYI, bknlah semua pakat balik... kebanyakkan yg tinggal semua dh berfamily. Takkan CheTens nk lepak rumah dorang plak kan? huuuu....
So, bila mereka2 yg nk balik tu pakat2 mai dok crita keseronokkan nk balik tu, jiwa CheTens pun apa lagiiii... teracun la skejap kan! :P
Dan katanya.... time raya cina neh temperature akan drop kaw2 punya! haaddoooiiilaaahhh.... bekulah CheTens kalo mcm neh! huhuhuuu....

Sebernarnya CheTens tidaklah bercadang utk pulang ke msia pd raya cina thn ni! sbb thn lps ko dah balik kan? yeeee... seboklah suara hati aku neh! org nk menulis, dia pun nk berkata2 jgkkkk!!! haaaaiiihh... ehhh! biarlahhh... suara hati ko lahir dari hati ko jgk!
ehhh... sudah2 aku nk menulis neh! (buleh pulak begadoh dgn diri sendiri kannnn?) gila!!!

Ok smbung crita td...
CheTens sebenornya tak cadang pun nk balik... antara sebabnya adalah CheTens dah due utk pulang 'for goOd' pada November 2010 yang lalu. Now, status CheTens adalah menunggu arahan daripada pihak IP!
So, CheTens pikir... Kalaulahhh... kalaulahkan CheTens beli tket & balik raya cina ni... tetiba CheTens pnya IP hntr surat srh balik dlm bulan 3 gituuu... tak ke rugi namanya!
CheTens dok rasa... rasa2 lahhh... mcm bulan 3 atau 4 CheTens dh kena panggil balik! huhuhu....
alaaa.... bln 3 atau 4 tu dh tak lama kaaannn??? now dh ujung bln 1... tup tap tup tap dok update blog nehhh.... tetiba sedar2 dah lps raya cina! tak gituuuu...

Jadi dgn ini... CheTens membuat keputusan untukkkk......................
Jeng!

bersambung di entry akan datang!

hover la ko ni noks!!!
bkn over la ngong! aku tak wat keputusan lagi!!!
wut everrrrrr!!!!

Korang kalo nk tau keputusannya, jgn lupa follow blok blog mak ye! ekekekke.. :P


Tuesday, January 11, 2011

.M.A.A.F.

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, January 11, 2011 4 pendapatan korang? ;P
Manusia tidak ada yang sempurna!
Kadang kala dia tidak menyedari kesilapan yang dilakukan...
Saya seorang insan yang lemah!
Jika saya ada melakukan kesilapan harap tergurlah saya..
Biarpun ianya sangat pahit untuk ditelan, tetapi kepahitan itu adalah penawar!

Maafkan saya kawan-kawan sekiranya tulisan disini membuatkan anda terasa atau terguris..
Maafkan saya jika kata-kata saya agak keterlaluan...
Maafkan saya jika apa yang saya lakukan tidak elok di mata anda...

Oleh itu saya pohon....
TEGURlah saya atas segala kekilafan yang saya lakukan...
dan jutaan TERIMA KASIH saya ucapkan!
Saya sayang kamu kawan2 saya yang banyak mencoretkan suka duka dalam kehidupan saya...
Terima kasih kerna sentiasa berada di sisi serta sama-sama mengharung suka duka....

Semoga ikatan persahabatan ini tetap kukuh sampai bila2...
Saya sayang kamu semua! :)

Monday, January 10, 2011

Pembuka Tirai 2011 yg manis ~ kesah Me & LeeChongWei...

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Monday, January 10, 2011 2 pendapatan korang? ;P
gitttuuhhhh....
Tajuk entry tak bole blah kan? hihihii...
CheTens memang sgt teruja nk menulis entry kali ni.
Baca tajuk pun dah gempak kan? :P
Entry CheTens kali ni panjang sket.. korang sedia nk bace tak?
Kalo korang tak larat nk bace... korang tgk gambar jelah eh! :P

Okeh!
Ini adalah kesah daripada kesinambungan daripada cerita Datuk Lee Chong Wei (LCW) ada di Taipei. Waaahhh... siap ade kesinambungan lagi kan? :p


Al.. kesaaaahhhhh...............

08 Jan. 2011 - SEMIFINAL DAY:
CheTens dan kawan2 telah amek keputusan utk pegi menyokong LCW sbb beliau telah berjaya masuk semifinal. Dengan penuh semangat yang berkobar2 kami tiba di Hsinchuang Stadium! :)
Gila semangat bila tgk LCW beraksi di court! fuuuhhh.... terharu pun ade sbb ni lah 1st time CheTens tgk LCW dpd jarak yg agak dekat! biasanya tgk kat tv je... :)

Sebahagian daripada kami - penyokong MALAYSIA

Abis je game - Datuk LCW Menang straight set (lawan Thai - Boonsak Ponsana) akan ade sesi tandatangan dgn peminat! CheTens & kwn2 pun berlarilah ke luar stadium dgn harapan dpt bertemu beliau! Tetapi hampa bila kami diberitahu Datuk LCW menolak utk sesi tandatangan itu. Bkn kami saja, boleh dikatakan semua yg beratu itu maukan tandatangan LCW! :(

Tak putus harap, CheTens cuba mintak tolong organizer yang kebetulan sebelum tu dok interview CheTens (CheTens masok paper okeh - nnti CheTens paste gambr) .
Organizer tu nama Ron. Punyalah baik beliau... Mcm2 dia tolong kami. mcm2 info yg kami dapat dpd beliau. :)

sapekah beliau yg kacak ini??? hihihi...
Beliau adalah pemain Thai - Boonsak Ponsana nama diberi :)
Kachak kan??? CheTens pun dah jatuh ChenTa sama beliau! ekekekke... :P

Ok! bila dgr LCW taknak wat sesi tandatangan, kami dgn lemah gemalai pun nk melangkah keluar dari stadium...
tetiba Ron dtg dari belakang CheTens then ckp kemungkinan besar Datuk LCW akan kuar utk sesi tersebut tp agak lewat sedikit sbb beliau ade hal yang perlu diuruskan!
Maka.. kembali lah berbonga di hati CheTens!
tggu punya tuggu akhirnya keluarlah wira hati CheTens ini...
sambil tersenyummm... beliau sgt ramah.. tak sombong! :)


Nasib baik kami dpt tahu awal yang LCW akan ada sesi tandatangan, so takdelah panjang sgt kami kena beratur utk berjumpa beliau. Dah amek tadatangan.. gambar (renyeh smpai telinga)... bertegur sapa sesikit.. senyum2 manja sket (hihihi.. ) ok done! puas ati!!!

he was looking at me when i take this pix! gegar beb!!!
Gegar di hati membawak ke tangan.. buleh??? hahahha....




Korang nampak tak betapa besarnya CheTens renyeh + kekembangan idong CheTens! hahahha... :P

TAPIiiiii.........
sesuatu yg menakjubkan telah berlaku! apakah??? jenggg....

bersambung part II.... over kan tetiba nk wat part II, cerita jelahhhh! ;(

Bkn ape, kang CheTens karang panjang2 korang bosan pulak baca entry kali ni! hihihihi :P

Okeh nk tau tak apakah yg menakjubkan tersebut? heee~

Kebetulan, my bos berkenalan dgn staff BWF, Malaysia. En. Selvam yang sgt baik hati orgnya!
Seblom sesi tandatangan my bos ade kata kami teringin nak jumpa LCW but LCW taknak adekan sesi tersebut. So beliau telah janji akan cuba temukan kami dgn LCW! :)
Tetiba bila ada sesi tandatangan maka janji tersebut tak boleh digunapakailah sbb kami dh amik gmbr dgn beliau. So, biasalah manusia tak penah puas! hihihihi...
Sesi tandatangan tersebut hanya 20 min, sape sempat.. sempatlah.. sape tak sempat... nasiblah! hihihhi...
Lps 20min, selepas datuk LCW nk masuk semula ke dlm stadium, tetiba kami terjumpak dgn encik selvam. Kami pun buat muka kesian & beliau memahaminya, lantas beliau berlari ke arah LCW dan teros memanggil kami! Kami apa lagiii.. seperti org mengantuk disorang bantallah...
Teros ke pintu yg menghubungkan tangga ke bilik persalinan datuk LCW, bukak je pintu Datuk LCW ade terpacak disitu! CheTens ni mcm nak menjerit! tp speechless... nk nages pun ade! (sbb terharu) Bygkan NO. 1 WORLD BADMINTON PLAYER tggu kita utk ambik gambar dgn dia! peeerrggghhh... terpegun jap CheTens!!!
Kalo korang tgk gambo CheTens terkembang2 idong tu pepaham jelah tau! :P
Posinglah seblah DatuK LCW yang kuros & tinggi itu.. rapat pulak tu (maaf ye kekawan).. terasa aura beliau!!! ekekekekek... ;p
Ok! dah ambik beberapa keping.. chit chat dua tiga kerat perkataan.. Say congratulations.. and wish good luck for final game esok.. ok done!
Kuar je dari pintu tu, CheTens dgn kawan ape lagi... menjerit mcm org histeria!!!
Semua org dah pandang2... gila!!!! :D

tadaaaa.... jelesss takkk??? *angkat kenin sambil kembang idong*


(kwn sy bernama norma telah buat pengakuan terbuka bahawa beliau telah jeles dgn saya. Sekian harap maklum) :P


Dah tuuuu... tido malam CheTens apa lagiii... dok senyum sorang2! serius!!!
dalam hati dok kata: ko apahal CheTens?? angauuuu... wakakkaka...


9 Jan. 2011 - FINAL DAY:
Datuk LCW vs Peter Gade (Denmark)
Dihari final ni takde ape2 kejadian yang mengejutkan!
Tapi CheTens mmg puas ati dapat pegi sokong Datuk LCW...
Sebenarnya puas hati dpt begambo dgn Datuk LCW.. korang ade? ekekeke.. :P
Ahlamdulillah... LCW menang pd pertandingan final tersebut!
tak sesia kuar anak tekak CheTens bersorak utk beliau!!!
Katanya muka CheTens kuar di tv Malaysia... Korang tgk??? :P

Oklahhh... CheTens dah overdose merepek neh!
Hope korang enjoy reading entry CheTens yg ntah pape kalini... panjang bebenor!
Walau bagaimanapun CheTens tetap nak menyampaikan kpd korang betapa gumbiranya CheTens selama dua hari berikut. Dan ianya akan menjadi coretan dan kenangan terindah untuk CheTens! hiks...
CheTens harap korang pun hepi dgn life korang eh! *wink*
Salam!





pix neh CheTens dedicate utk Datulk LCW! boleh??? hahahhaa... :P


mode: senyummm... senyummmm.. dan senyuuummm lagiiii... :P


Wednesday, January 5, 2011

OoOohhh... Datuk LCW di Taipei!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Wednesday, January 05, 2011 0 pendapatan korang? ;P
Sapa LCW tu??? hahahha...
Bagi yg tak faham, LCW tu merujuk kpd LEE CHONG WEI!!! yeaaaahhh...

Tetiba semangat kesokanan CheTens melonjak ke paras yg TERtinggi dek kerna TERbaca akhbar 2hari lepas bahawa Datuk LCW akan ke Taipei untuk menyertai satu kejohanan di sini!
Helllooo... Datuk Lee Chong Wei okeh! Player NO. 1 DONIA!
sape tak teruja kannn??? hihihii...
Tp kejohanan apakah??? itulah yang menjadi tandatanya CheTens hari ni.
Punyalah dok pening memikior kat mana Datuk akan bermain, tanya kawan dorang pun tak tau! haaaaiiihhh...
Ketika itu semangat kesokanan CheTens kembali menurun!
Kesedihan mula menerpa dihati!
Maklumlah... CheTens mmg minat sgt permainan badminton ini! huhuhuu...
Daaannn...
Ketika entry ini ditulis, CheTens baru saja di email oleh Bos CheTens detail berkaitan kejohanan ini!
OooOoohhh.... hatiku berbonga kembali! yeeaahhhhuuuuu.... :D

Pesanan untuk Datuk LCW tersayang dan Team Malaysia yang lain...
Main elok2 okey... Lupakan segala kemelut yang melanda BAM ketika ini!
Teroskan perjuangan untuk mengharumkan nama MALAYSIA tercinta! ;)

ini details berkaitan kejohanan tersebut:



Sunday, January 2, 2011

Hari Kedua di Tahun Baru :)

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, January 02, 2011 2 pendapatan korang? ;P
Hari ini hari kedua di tahun baru! tahun 2011...
Janggal skejap CheTens nk menaip nombor 2 0 1 1... hihihihi...

emmm... apa yg menarik di hari kedua tahun baru ini?
jawapannya: belom ada apa2 peristiwa yg menarik yg boleh di kongsi! hihihii....

CheTens rasa macam baru je menyambut tahun 2010, now dah masuk tahun 2011!
Cepat betul masa berlalu... umur pun makin bertambah! kalo ikut bulan belom lagi lah... hiks....

So, azam tahun 2011 2010 anda tercapaikah?
Teros terang CheTens buat pengakuan azam tahun lepas CheTens tidak tercapai sama sekali!
Lalu... CheTens telah membawak azam tersebut ke tahun ni.. 2011... aci tak??? hihihii...
daaannnn....
CheTens telah menambah satu lagi azam baru untuk tahun ni! :)
Nak tau apakah azamnya???
Biarlah rohsia! hihihii.... kawan2 tolong doakan untuk CheTens okey!
Insya Allah kalo azam tu tercapai, CheTens belanja korang makan kenduri! opssss.... ;P

Okeylahh...
kalo korang baca entry kali ni korang bolehlah cerita apa azam korang tahun ni yek!

Salam 2011!!!! ;)



 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei