Tuesday, July 14, 2009

Earthquake!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, July 14, 2009 0 pendapatan korang? ;P
Semalam, jam 2.04 pagi di Taiwan ada 'earthquake' sekuat 6.3 Skala Richter! Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Hari ini, cuaca lain benar. Mendung semacam, macam nak hujan... tapi... entahlah!
Ada yang mengadu rumah mereka retak-retak. Ya Allah, takutnya dengan sedikit ujianMU ini.... Huhuhuhu... Harap-harap semuanya selamat dan baik-baik saja... Amin!

Tuesday, July 7, 2009

Hujung minggu...

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, July 07, 2009 0 pendapatan korang? ;P
Hmmm... Apa cerita hari ini?! ;)
Panas... musim 'summer' kali sama macam musim 'summer' tahun lepas. Tetap panas. Ye lah, nama pun musim panas kan! hiks...
Tapi lain macam panasnya. Alhamdulillah, ini tahun kedua saya menghadapi musim panas di rantau orang - Taiwan. Alhamdulillah, dapat juga merasa nikmat kurniaanNYA di musim panas ini. Panasnya memang tak tahan, lain macam betul! tapi kena ingat juga panas di SANA nanti, berganda-ganda lebih hangat. Nahuzubillah....

Hujung minggu lalu - sabtu (4 Julai 2009) alhamdullillah saya ada buat sedikit makan-makan di rumah. Jemputannya tidaklah ramai, 'geng-geng' badminton sahaja. Meriah jugaklah pada hari tersebut. Seronok sekali sekala buat makan-makan dirumah ni, tidaklah sunyi sangat. ;)
Lagipun di bulan REJAB yang mulia ini digalakkan kita berpuasa dan bersedekah. InsyaAllah, doa-doa di bulan REJAB ini juga mudah dimakbulkan. Jadi, janganlah kita jemu meminta daripadaNYA ya.

Alhamdulillah, hari ini saya berpuasa lagi. Kalau ikutkan, saya ini jenis yang jarang makan di waktu tengahari, daripada diet tak tentu hala, baik saya berpuasa kan! ;))

Okay lah, sampai disini dulu hari ini. Nak pergi solat sekejap, kemudian sambug kerja balik! hiks...

*Lupa nak snap gambar dihari kejadian! sibuk melayan tetamu... heee!

Thursday, July 2, 2009

Ujian?

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, July 02, 2009 0 pendapatan korang? ;P
Alhamdulillah, Baru lepas siapkan penyata akaun bulanan. Naik berpinau mata mengadap komputer. Apapun tak boleh nak merungut. Kerja adalah satu ibadah. Dan dibayar gaji adalah untuk itu. Maka buat la dengan seikhlasnya. Semoga rezki yang diberi olehNya diberkati selalu. Amin.

Sempat juga berborak dengan sorang kawan melalui Yahoo Messenger (YM) sekejap. Sedih seketika mendengarkan kisahnya. Dia bukan setakat kawan, malah saya sudah menganggap dia seperti saudara sendiri. Siapakan isteri di sisi sorang suami. Apakan nilai sorang isteri kepada sorang suami. Sebab sedikit komunikasi yang tak tekesan, seorang isteri hilang nilai manusianya. Dipukul. Ditampar. Sesuka hati. Dimana hilangnya janji sehidup semati suatu masa dulu. Dimakan janji taklik yang dibaca sewaktu selepas diakadkan! huh! Lelaki... bertindak mengikut nafsu sedangkan Allah memberi 9 akal kepada mereka! Kepada sahabat saya itu, banyak-banyakkan la sabar. Pohonlah petunjuk daripada Allah. Dan redha la dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya anggaplah ini sebagai ujian daripada Allah s.w.t. ya. Ingat aku sentiasa disisi kamu bila-bila masa kamu memerlukan ku. Ingat itu sahabatku!

Pengalaman hidup saya serta orang disekeliling banyak mengajar erti hidup. Setelah mendengar cerita sahabatku itu terasa takut pula untuk membina kebahagian (dalam erti kata lain berkahwin walau pada hakikatnya masih dalam proses mencari cinta. ;) ). Manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Bak kata pepatah, sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula manusia. ;)

Salam.

Wednesday, July 1, 2009

Menulis Lagi!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Wednesday, July 01, 2009 0 pendapatan korang? ;P
Hari ini 01 Jul. 2009! saya menulis lagi setelah sekian lama meninggalkan blog ini.

Entah... menulis disini bermakna saya perlu berkongsi segala cerita dengan umum. Adakah saya seorang perahsia?! MUNGKIN!!! ramai kawan-kawan cakap saya pandai simpan rahsia! ahaks... Mungkin sebab itu saya di gelar pakar Moti'Basi' kot! hiks...

Berbalik kepada topik asal. Bukan saya tidak suka berkongsi cerita, mungkin cerita yang baik.. gembira... motivasi.. dan lain-lain.. boleh dikongsi. Saya lebih suka menyimpan setiap cerita duka, pedih, perit dalam hati. Biar orang sentiasa melihat saya gembira dengan hidup! ya.. Mungkin! ;)
Sesekali rasa ingin berkongsi, dan tak ada siapa untuk diluahkan, disini lah saya menulis! Terima kasih kepada teknologi IT zaman sekarang. Tak perlu lagi membimbit diari dan mengenggam sebatang pen. cuma perlu mengetuk papan kekunci komputer sahaja. Nah.. siap! ;)

Sampai disini dulu, selepas ini mungkin saya akan lebih kerap menulis. Siapa tahu kan...

Salam.

*Sekadar gambar hiasan ;)


 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei