Tuesday, May 17, 2011

great news!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, May 17, 2011 1 pendapatan korang? ;P
Akhirnya....
Berita yg ditunggu2 akhirnya tibaaaa...
Alhamdulillah, kalo takda aral 27hb Mei 2011 ini CheTens akan berangkat pulang ke Tanahair!
Wheeehuuuu... tak sabar!!!
TP sedey gakkk nk tinggalkan bumi Taiwan yg banyak mematangkan CheTens! huhu...
Semoga ada yang baik menanti CheTens di Malaysia! AMIN

Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu 2011~

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, May 08, 2011 2 pendapatan korang? ;P
Hari ini hari ibu2 sedunia...
Tak kesahlah kalo ada yang memanggil ibu ke, emak ke, mak, ummi, mummy,mama, ma..
maksud pangilan2 tersebut sama... satu maksudnya... seseorang wanita yang melahirkan kita kedunia ini.

Di facebook meriah kawan2 CheTens mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu2 mereka...
Tapi CheTens... emmm... bukan tak ingin nak menyampaikan ucapan tersebut... bagi CheTens, hari2 adalah hari istimewa untuk ibu kita... kita perlu hargai segala jasa dan pengorbanan mereka...
Lagipuunnnn.... ::sigh::
Dah hampir sembilan tahun mak CheTens pergi ke sisi NYA...
dah setiap detik CheTens merasakan beliau sentiasa berada disisi...
Tidak sedetik pun CheTens rasa kehilangan beliau...

Masih terngiang lagi kata-kata mak...
"dalam banyak2 anak aku... hang lah aku paling susah bela!"
Yaaa... CheTens akui...
CheTens anak yang paling degil... keras kepala... ssh nak paham.... kuat melawan... pemberontak!
ampunkan saya mak!!!

Setahun mak sakit, terlantar di katil... CheTens terasa dekat dengan mak...
Di usia 16 dan 17 tahun adalah usia dimana keseronokan yang dicari...
Tapi takpalah mak... biar anak mak yang paling susah mak nak bela ini, membela mak...
mandikan mak... masakkan bubur untuk mak... suapkan mak... tukarkan lampin mak...
Tapi... Ampunkan saya mak sebab tak dapat nak menjaga mak dengan sempurna di waktu itu....
Apa yang saya tahu di waktu itu mak?
saya masih mentah... masih berjiwa anak-anak...
tiba-tiba kudrat mak yang cergas, cekap, sehat di ambil DIA... dan mak hanya mampu terlantar...
Dari pandangan mata mak, saya tahu mak sakit... mak.. uhhh...layanan saya tidak sempurna... tapi hanya itu yang mampu anak mak ini laksanakan... Ampunkan saya mak!

Kami sayangi mak.. tapi ALLAH lebih menyayangi mu...
Kami redha dengan kepergian mu kerna itu yang terbaik daripada mak menanggung seksa...

Saya masih ingat lagi...
Sebelum mak sakit... mak makin rapat dengan saya...
Ikhlas saya katakan saya sangat bahagia ketika itu makkk...
Saya ingat lagi... mak mesti menepuk2 pipi saya jika mau kejutkan saya dari tido...
Mak tau tak... Sehingga kini saya masih melakukan itu jika saya rasa malas mahu bangun tido...
sambil mengulangi kata2 mu dulu.. "faten.. bagun fateeennn... banguuunnn"
Sesungguhnya saya amat merindukan mu mak!!!

rindu dengan masakkan mu..
rindu dengan senyum mu...
rindu dengan bau mu...
rindu pelukkan mu..
rindu dengan leteran mu...
Kalau tak kerna leteran mu mungkin saya tak menjadi seperti sekarang...

Sesungguhnya saya rindu kasih syg seorang ibu...
seseorang yang dapat saya berkongsi kebahagian dan kesedihan saya...
seseorang yang boleh memahami jiwa saya...
Walaupun saya cuba menafikan... tetapi sesungguhnya hanya mak yang faham hati & jiwa saya...

Kalaulah mak masih ada sekarang...
akan saya bawak mak tinggal dengan saya, sudah2lah membanting tulang 4 kerat untuk mencari rezki untuk kluarga...
Walau segungung intan berlian saya persembahkan, takkan membalas jasa mak yang hari2 tido lewat dan bangun seawal 4 pagi untuk mencari rezki!
Ya ALLAH... kau tempatkanlah mak ku di kalangan orang2 yang beriman dan orang2 yang KAU kasihi! AMIN.

Untuk mu mak..

Senyum mu...
Tawa mu...
Menghiasi ruang memoriku...
Belum puas rasanya ku menatap kudus wajahmu…
Belum puas ku cium tangan mu…
Belum puas ku Peluk diri mu…
Kau telah pergi…

Kasih mu ku rasakan lebih dari apa pun di dunia ini...
Pengorbanan selama hayat mu takkan terbalas olehku…
Walau segunung intan pun ku persembahkan…
Tak dapat di bandingkan dengan setiap titik keringat mu..

MAK!

Sempatkan kau mengampunkan dosa-dosa ku ketika kau pergi dulu?
Ahhh...
Sesungguhnya ku amat merindukan mu..
Tak bisa aku hentikan…
Tak dapat aku hapuskan…
Rindu ini…

Semoga kau berbahagia di ‘Sana’….
Semoga kau ditempatkan bersama mereka2 yang dikasihiNYA…AMIN!


M. Nasir ~ Bonda
Mak ingat tak, lagu ni selalu berkumandang pagi2 masa kita dok kalut nk kuar beniaga?
saya bungkus nasi lemak & mak pulak dok siapkan tepung apom lenggang...



This song for u! Luv & miss u soOoooooo Muuuccchhhh!!!

notakaku: sesapa yang masih ada mak... hargailah mereka... jangan selepas ketiadaan mereka, barulah nak menyesal... seriously!

Untuk mak saya, Allahyarharmah Zainab binti Udoh.... AL- FATIHAH..
Ampunkan saya... ampunkan dosa2 saya... ampunkan segala dosa2 saya...
Semoga mak tenang di 'sana'... ketahuilah seseungguhnya saya tak penah lupakan MAK!
SELAMAT HARI IBU MAK!!!


Thursday, May 5, 2011

Susulan: Terkepit!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, May 05, 2011 1 pendapatan korang? ;P
CheTens ade cerita yang Jari CheTens telah terkepitan kan..
Sakitnya.. Nahuzubillahhhh.. Hanya ALLAH sahaja yang tahu... huhu!
Susulan daripada kes keterkepitan tersebut adalah, jari CheTens telah bertukar kepada warna kehitaman akibat daripada darah beku yg tersimpan dibawah kuku tersebut..

Arrrggghhh... sangat menyakitkan mata...
CheTens ade memintak pemuda pecantik pemet petua dari kawan-kawan melalui fesbuk, Alhamdulillah banyak feedback!
Mostly menyuruh CheTens biarkan saja kerna lama kelamaan darah beku tersebut akan hilang dan ada jugak yang mencadangkan CheTens meletakkan inat di jari tersebut!
Tapi mana nak cari inai di negara Taiwan ini! huhu...
Nantilah CheTens tengok kat kedai2 India kot2 dorang ade jual Inai... Tapi katanya better pakai Inai daun.. uhhhh... T_T

Jari sehari selepas terkepit...

Hari ini... :(


hmmm.. kalo tak hilang macamana?
tak cantiklah kalo nk sarung cincin nanti T_T (tangan didada, mata ke atas)

Tuesday, May 3, 2011

Tanda tanya... huh!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, May 03, 2011 2 pendapatan korang? ;P
haaaiiihhh... *intro mengeluh*

Kenapakah?
Ya... kegembiraan CheTens ketika mendapat khabar bahawa sudah sampai masanya untuk CheTens pulang ketanahair semakin hari semakin hambar!


Kenapakah?
Kerna.. perkhabaran itu semakin lama semakin buntu daripada jawabannya...

Kenapakah?
Kerna... waktu itu belum pasti tiba...



oOoohhh....
Sampai bila penantian ini..
sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan! T__T





 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei