Tuesday, January 10, 2012

KIPAS LIPAS!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, January 10, 2012 1 pendapatan korang? ;P

*Oleh kerna CheTens tak dapat meng'upload gambaran kipas tersebut di entry lepas. Maka dengan ini CheTens membuka entry baru terhadap Kipas Lipas tersebut!


For those yg tak paham, sila baca entry CheTens yg lepas2 ya!


Tengs!


*Love*


Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Clip!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, January 10, 2012 2 pendapatan korang? ;P

Pernah tak korang berangan buat-buat video clip depan kipas angin? Sambil2 nyanyi lagu kegemaran... Rambut terbang2...

Mesti pernah kan... Kaaannn.... Jgn tipu... Dosa! Hiks... ;P


Semalam...

Setelah beberapa tahun CheTens meninggalkan dunia pembikinan video clip depan kipas angin ni... Tetiba smlm berbekalkan sebuah kipas angin mini setinggi 10cm (alaaa... Kipas angin yg mudah dibaw kemana-mana menggunakan bateri tu) CheTens mula membuat video klip SS (syiok sendiri). Korang tau2 jelah kekuatan angin yang dihasilkan dgn kipas angin sekecil itu. Tak puas hati, CheTens mula memdekatkan kipas tu ke muka. Motif? Supaya angin terasa di muka dan dapat mengerbangkan  rambut CheTens *verangan*


Kedepan kebelakang kedepan kebelakang tangan CheTens membawa kipas tersebut sambil menyanyi nyanyi riang berangan ala2 retis...

Sekali... Punya la kusyuk dok berbideo klip, nak dekat sangat kipas tu dengan muka kaannn... Hambikkkk... Rambut CheTens dah termasuk belakang kipas yang dok pusing tu... Padan muka aku!!!. Nasib baik CheTens pantas meng'offkan kipas tersebut. Kalo takkk... Sadaqallahul 'azim la rambut ku ittewwwe... ;P


* kipas tersebut :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 6, 2012

Confident!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, January 06, 2012 0 pendapatan korang? ;P

Tepat jam 6ptg, CheTens smpai di parking apartment CheTens. Kemas-kemas barang2 yang perlu dibawa naik ke rumah. Dengan langkah yg lemah seperti org yg baru pulang membajak sawah, CheTens  melangkah ke lift - tekan butang 12! Ade sorang akak pun naik lift yg sama. Lift bergerak.


Ting!!!

Lift berhenti. Pintu terbukak. Akak tadi keluar. CheTens pun ikut keluar. Riak muka akak tu tersenyum. Hati CheTens berkata "laaa.. satu floor ka? Haaiiihhh... (geleng) jiran sendiri pun aku tak kenai!"


Lemah CheTens jalan ke pintu rumah (berseret kaki- mcm tak larat beno). Sempat lagi CheTens menjeling ke arah umah depan. "waaahhh... dah lain deco umah kak su (kakak depan rumah). Rak kasut dh lain cara deconya. Siap ada benda gantung kat pintu tulih 'welcom' " *senyum*


Kemudian CheTens kembali ke grill rumah CheTens untuk dibuka mangganya. Tiba-tiba.... "ehhh... Apesal mcm lain ja! bila plak rak kasut aku ada kat luaq? huhu!"

Adehhh!

Rupa-rupanya hadirmu hanya bersandiwaraaaa.... ehhh! Nyanyi plak... :P

Rupa-rupanya CheTens dah salah floor! Huh! ;(

Konfiden je CheTens kuaq lift tanpa tgk dulu. Nak tau tak CheTens turun tingkat berapa???? Tingkat 6 uolssss... Patut la akak tu kuar smbil tersenyum. Rupanyaaa tersenyum sebab CheTens salah floor!!!!

Uuurrgghhhhhh..... CONFIDENT!!!!


Love!


Nota kaku: Hambikkk... 2 entry dlm 1 hari! ;P


Published with Blogger-droid v2.0.2

Impian setiap Insan~

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, January 06, 2012 0 pendapatan korang? ;P

Melihat tersergamnya sesebuah rumah membuatkan hati melonjak!

Apatah lagi jika pemilik rumah tersebut adalah milik diri sendiri...

Yaaahhhh.... Semestinya itu adalah impian setiap insan!


Insya Allah itu juga akan berlaku pada CheTens... Tak sabar nak memiliki rumah sendiri.

Seronok melihat kegembiraan rakan2 yang sudah memiliki rumah sendiri... Tahniah!


Terima kasih Allah di atas segala kurniaanya. Alhamdulillah!


Insya Allah impian akan menjadi kenyataan...


*Love*


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei