Monday, February 21, 2011

Weekend punya cerita!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Monday, February 21, 2011 0 pendapatan korang? ;P
As Salam :)

oOohhh.. sgt Monday Blues hari ini! Nasib baik lah bos CheTens tak masuk pagi neh...
So, boleh la CheTens nk berlemau2an di depan PC! ekekekek..
Smlm tak sempat nk update blog! sgt kebizian dihujung minggu minggu ini! huhuhu...
Apa yg bznya? cer citer.. cer citer... :P
Bkn bz ape sgt pun, ceritanya...
Sabtu lps, kak liza ade wat smbutan majlis harijadi beliau.
Beliau telah memintak tolong CheTens memasak Bihun sup utk majelis tersebut!
CheTens kalo bab masak2 ni takdehal! sbb CheTens mmg suka masak memasak! ngeee~
Then kak liza jgk request nk makan kari daging, sbb beliau telah memasak pulut kuning pada hari tersebut! :)
So, as a compliment.. CheTens telah memasak dua juadah khas untuk hari istimewa kak liza itu iaitu... Macaroni bakar & Tiramisu (sejenis pencuci mulut)
Actually macaroni bakar tu telah di request oleh beberapa org tetamu pada hari tersebut, so CheTens dgn senang hati memasaknya memandangkan ia adalah request!
ko nk ckp yg org suka lah kan makan macaroni bakar ko tu kaaannnn??? over!!!
ehhh... diamlah kau! :P
Then Tiramisu ni pulak adalah percubaan pertama CheTens membuat beliau!
Ya Allah, teramatlah senang memebuat beliau! hihihihi...
Alhamdulillah, para tetamu menyukai beliau dan masing2 meminta resepi Tiramisu tersebut :)
Mode: happy! ;)

cik TirahMisus :)

Macaroni bakar yg tak berapa nk menjadi pada hari tersebut! :(

Ahadnya pulak CheTens kena pegi airport untuk menjemut official guest! huuhuh..
Penatttt... seblah malamnya main badminton pulak! :)

Conclusionnya.... cuti weekend kali ini adalah sgt best!!! kecuali kes yg kena pegi epot tu! huhuhu


Notakaku: :)

Sunday, February 13, 2011

cik seri muka~

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, February 13, 2011 2 pendapatan korang? ;P
Lama suda rasanya CheTens tak buat projek masak memasak...
Bkn ape, CheTens lah tukang masak... CheTens jgklah tukang makannya... takut lama2 CheTens nnti kembali ke bentuk asal! wakakkaka... :P
Lagipun, kalo ada tukang makan... ada lah tukang komennya... so, CheTens dapatlah mengimproved masakkan CheTens itu! tak gitew? hihihih...

Ok, nk cerita ni...
Arini punya projek masak memasak punya menu adalah SERI MUKA :)
Dulu2 masa kat mesia, kalo teringin nk makan... tunjuk je... dah tu skang ni bila dah ddk negara org ni, terpaksa la masak sendiri benda2 yang teringin nak makan.
Kesahnya yang bole terbuat seri muka ini adalah dek kerna seorang kawan telah membagi kpd CheTens beras pulut. So, CheTens apa lagi... mengesperimentasi lah! (ade ke perkataan mengesperimentasi tu? ahhh... lantaklah... janji korang paham kan?) hiks...

Memula CheTens ingat susah sgt lah nk buat seri muka ni... Rupa2nya... mudah dot com je kengkawan. CheTens sure korang pun bole buat!
Ni CheTens nk share resepi Kuih Seri Muka yang CheTens google kat internet.

Ni resepinya:
Bahan bawah (pulut) (BAHAN A)
500gm beras pulut
400ml santan cair
garam - Secukup rasa
2 sudu makan minyak

Bahan atas (seri kaya)
120gm tepung gandum - ayak
3 sudu makan tepung jagung - ayak (bole juga guna tepung kastad - CheTens guna kastad)
140gm gula
3biji telor
450ml santan pekat
garam secukup rasa
300ml air + 10 helai daun pandan (kisar jadikan air pandan)
#CheTens takde daunn pandan, tp boleh tukar guna cara ni: 300ml air+ 1 st pandan paste + pewarna hijau)

Cara-caranya:

-Rendam beras pulut lebih kurang 20-25min
-Satukan beras pulut dan bahan A dan kukus selama 20-30min
-Lps kukus, tgk pulut dh agak masak, ratakan atau padatkan pulutdlm loyang.

Sementara dok kukus pulut, bole buat adunan atas tu.
Caranya:

- pukul telo dan gula smpai kembang
- masukkan santan (santan ni di campur garam) + air pandan + tepung2 + pukul smpai tak berketul2
- tapis adunan tersebut
- tuang atas pulut yg diratakan
-kukus selama 45min-1 jam

Biarkan sejuk, baru potong tau ;)

Petua CheTens: Alas loyang dgn plastik supaya mudah utk angkat seri muka selepas memotong beliau

selamat mencuba!!!


Korang bole klik kat sini --->http://www.myresipi.com/top/detail/1331 untuk tgk cara yang lebih detail. Resepi yg CheTens kasik tu, CheTens ringkaskan supaya lebih mudah paham :)

Lots of thanks kpd tuan punya resepi :)


untuk menjamu mata anda


My versi :)
CheTens buat setengah adunan je. Tak cantik sgt sbb pulut kat bwh tu tak padat sgt, so sri kaya kat atas tu menyerap masuk ke dlm pulut di bawah tu. huhuhu...



NotaKaku: CheTens feeling2 jadi Chef pulak kan kali ni! hiks... :P

Friday, February 11, 2011

Mabuhay Philippines!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, February 11, 2011 2 pendapatan korang? ;P
wwoOooaahhh.... terkial2 CheTens membuka entry kali ni!
ewaaahhh... mcm bertahun tak menulis pulak rasanya! :)
Maaflah... lama betul tak update! bersawang kerawang merewang dan blog CheTens ni yek! padahal ade ke org kesah ko update ke tak CheTens ooOoiiii... :P

emmm... selama peninggalan CheTens tak menulis di blog ni adalah kerna CheTens telah melencong melancong ke Manila, Filipina.
Sbb ape Filipina? tak ke tokyo or korea? aiichhheeehhh.... :P
Tokyo & Korea itu akan CheTens jejaki jua suatu hari nnti, Insya Allah :)
Actually dah lama CheTens merancang ke Manila. Memandangkan CheTens jua ade kwn yg bertugas disana. So, kos utk penginapan dan makan tak menjadi masalah :)

5 Hari CheTens kat sana, macam2 pengalaman yg CheTens dapat....
Macam2 karenah org CheTens tengok... suka, duka, sedih, gembira,miskin, kaya,.. ehhh.... semuanya sama je kan konsepnya... ada pros & cons!

Sisa2 peninggalan spain masih kuat terhadap rakyat Manila ini. Manakala org2 manila, rupa mereka tidak jauh beza dengan kita orang2 Malayu. Kenapa?
Kerna susur galur mereka juga daripada susur galur bangsa Melayu.
Jangan tertipu dengan kecantikkan dan kekacakkan org2 filipina yang anda lihat di kaca televisyen. Kerna meraka adalah rakyat filipina yang rata2nya adalah diahirkan dari darah kacukkan dan mereka berbangga dengan status itu.

Tp satu je CheTens nk huraikan... sesungguhnya... CheTens sangat bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T. kerna telah menjadikan CheTens seorang yang beragama ISLAM dan telah menakdirkan CheTens adalah seorang rakyat Malaysia. Terima Kasih Ya ALLAH. Sesungguhnya bersyukurlah kita yg ditakdirkan menjadi seorang seorang rakyat Malaysia. :)

Jom tgk pix CheTens kat sana :)

Makati city

The peninsular Manila

korang baca sendirilah kat mana tu :)

Rizal park



Palacio Del Gobernador

casa Manila

the oldest church in Manila


NotaKaku: Mabuhay Philippines bermaksud Selamat datang ke Filipina :)

 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei