Tuesday, September 23, 2008

Aidilfitri Bakal Menyapa!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, September 23, 2008
Hampir tujuh hari sahaja lagi Aidilfitri bakal menjelma. Semua umat Islam masing2 tidak sabar menanti ketiabaannya. Pelbagai persiapan yg dibuat. Semua serba baru.

Bagi aku Aidilfitri tahun ini kurang bermakna. Semakin hampir menjelang hari lebaran, semakin sebak dada ini. Kerinduan terhadap keluarga semakin menerjah. Tapi apakan daya, tahun ini aku terpaksa beraya jauh dari keluarga... jauh dari kampung halaman.. jauh di perantauan! huhuhu..... Tatkala mendengar lagu2 raya yang di putarkan di cOrong2 radio, kesedihan itu menerjah lagi... namun apakan daya ku... ku harus terima dengan redha... sesungguhnya adanya aku di sini.. di bumi Taiwan ini adalah satu anugerah.. Razeki daripada ALLAH s.w.t. Seharusnya aku perlu bersyukur dengan nikmat yang DIA berikan. ALHAMDULILLAH Ya ALLAH.. Sesungguhnya rezeki yg KAU berikan dapat merubah hidup ku dan keluarga. Semoga rezeki ini terus berpanjangan... AMIN!

Selamat Hari Raya Aidlfitri kepada semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia ciptaan ALLAH s.w.t. Maaf Zahir dan Batin! SemOga kehadiran Syawal kali ini memberi 1001 makna buat kita semua!

Salam Aidilfitri dan salam sayang...

0 pendapatan korang? ;P:

 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei