Sunday, February 13, 2011

cik seri muka~

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, February 13, 2011
Lama suda rasanya CheTens tak buat projek masak memasak...
Bkn ape, CheTens lah tukang masak... CheTens jgklah tukang makannya... takut lama2 CheTens nnti kembali ke bentuk asal! wakakkaka... :P
Lagipun, kalo ada tukang makan... ada lah tukang komennya... so, CheTens dapatlah mengimproved masakkan CheTens itu! tak gitew? hihihih...

Ok, nk cerita ni...
Arini punya projek masak memasak punya menu adalah SERI MUKA :)
Dulu2 masa kat mesia, kalo teringin nk makan... tunjuk je... dah tu skang ni bila dah ddk negara org ni, terpaksa la masak sendiri benda2 yang teringin nak makan.
Kesahnya yang bole terbuat seri muka ini adalah dek kerna seorang kawan telah membagi kpd CheTens beras pulut. So, CheTens apa lagi... mengesperimentasi lah! (ade ke perkataan mengesperimentasi tu? ahhh... lantaklah... janji korang paham kan?) hiks...

Memula CheTens ingat susah sgt lah nk buat seri muka ni... Rupa2nya... mudah dot com je kengkawan. CheTens sure korang pun bole buat!
Ni CheTens nk share resepi Kuih Seri Muka yang CheTens google kat internet.

Ni resepinya:
Bahan bawah (pulut) (BAHAN A)
500gm beras pulut
400ml santan cair
garam - Secukup rasa
2 sudu makan minyak

Bahan atas (seri kaya)
120gm tepung gandum - ayak
3 sudu makan tepung jagung - ayak (bole juga guna tepung kastad - CheTens guna kastad)
140gm gula
3biji telor
450ml santan pekat
garam secukup rasa
300ml air + 10 helai daun pandan (kisar jadikan air pandan)
#CheTens takde daunn pandan, tp boleh tukar guna cara ni: 300ml air+ 1 st pandan paste + pewarna hijau)

Cara-caranya:

-Rendam beras pulut lebih kurang 20-25min
-Satukan beras pulut dan bahan A dan kukus selama 20-30min
-Lps kukus, tgk pulut dh agak masak, ratakan atau padatkan pulutdlm loyang.

Sementara dok kukus pulut, bole buat adunan atas tu.
Caranya:

- pukul telo dan gula smpai kembang
- masukkan santan (santan ni di campur garam) + air pandan + tepung2 + pukul smpai tak berketul2
- tapis adunan tersebut
- tuang atas pulut yg diratakan
-kukus selama 45min-1 jam

Biarkan sejuk, baru potong tau ;)

Petua CheTens: Alas loyang dgn plastik supaya mudah utk angkat seri muka selepas memotong beliau

selamat mencuba!!!


Korang bole klik kat sini --->http://www.myresipi.com/top/detail/1331 untuk tgk cara yang lebih detail. Resepi yg CheTens kasik tu, CheTens ringkaskan supaya lebih mudah paham :)

Lots of thanks kpd tuan punya resepi :)


untuk menjamu mata anda


My versi :)
CheTens buat setengah adunan je. Tak cantik sgt sbb pulut kat bwh tu tak padat sgt, so sri kaya kat atas tu menyerap masuk ke dlm pulut di bawah tu. huhuhu...



NotaKaku: CheTens feeling2 jadi Chef pulak kan kali ni! hiks... :P

2 pendapatan korang? ;P:

fruitted on February 14, 2011 at 11:28 AM said...

okla tew hehehe! 1st time kan?

~ CheTeNs ~ on February 17, 2011 at 3:48 PM said...

Yup! 1st taim ;)

 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei