Saturday, December 17, 2011

update by fone???

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Saturday, December 17, 2011 1 pendapatan korang? ;P

Peerrghhh...

Gila bersarang blog CheTens!!! O_o

Agak2 ada org dok view lg tak blog ni? Hiks!


Bkn apa, sesejak blik mesia ni dh malas gila nk update bagai...

Kat office payah tenet, kat umah lagi laaa... Takdak tenet langsung!

Kdg2 tu CheTens pinjam broadband dgn kwn CheTens je. Sedih kan!

Nasib baik beliau ddk dekat blok apartment CheTens...

Tima kasih saudari Norma Ali kerna sudi meminjamkan broadband anda! ;)


Tetiba! Harini...

Rajin  plak install aplication blogger kat fone! ;P

Wooiii... Org lain dh lama buat, hang baru nak buat.. Ketinggalan betui!


So, insya Allah CheTens akan slalu lah update *poyo*


Love!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, June 5, 2011

Update~

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, June 05, 2011 2 pendapatan korang? ;P
pheewww.... bersawang blog CheTens~
CheTens skang tgh bercuti di kampung...
Memandangkan di kampung ade broadband, dpatlah CheTens jenguk kejap blog ni..
rindu jgk nak menulis, tapi tak berkesempatan..
AL-maklumlah bz menguruskan itu dan ini...hihihi...
sO, kalau CheTens berkesempatan lagi, CheTens update ya! :D

Tuesday, May 17, 2011

great news!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, May 17, 2011 1 pendapatan korang? ;P
Akhirnya....
Berita yg ditunggu2 akhirnya tibaaaa...
Alhamdulillah, kalo takda aral 27hb Mei 2011 ini CheTens akan berangkat pulang ke Tanahair!
Wheeehuuuu... tak sabar!!!
TP sedey gakkk nk tinggalkan bumi Taiwan yg banyak mematangkan CheTens! huhu...
Semoga ada yang baik menanti CheTens di Malaysia! AMIN

Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu 2011~

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, May 08, 2011 2 pendapatan korang? ;P
Hari ini hari ibu2 sedunia...
Tak kesahlah kalo ada yang memanggil ibu ke, emak ke, mak, ummi, mummy,mama, ma..
maksud pangilan2 tersebut sama... satu maksudnya... seseorang wanita yang melahirkan kita kedunia ini.

Di facebook meriah kawan2 CheTens mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu2 mereka...
Tapi CheTens... emmm... bukan tak ingin nak menyampaikan ucapan tersebut... bagi CheTens, hari2 adalah hari istimewa untuk ibu kita... kita perlu hargai segala jasa dan pengorbanan mereka...
Lagipuunnnn.... ::sigh::
Dah hampir sembilan tahun mak CheTens pergi ke sisi NYA...
dah setiap detik CheTens merasakan beliau sentiasa berada disisi...
Tidak sedetik pun CheTens rasa kehilangan beliau...

Masih terngiang lagi kata-kata mak...
"dalam banyak2 anak aku... hang lah aku paling susah bela!"
Yaaa... CheTens akui...
CheTens anak yang paling degil... keras kepala... ssh nak paham.... kuat melawan... pemberontak!
ampunkan saya mak!!!

Setahun mak sakit, terlantar di katil... CheTens terasa dekat dengan mak...
Di usia 16 dan 17 tahun adalah usia dimana keseronokan yang dicari...
Tapi takpalah mak... biar anak mak yang paling susah mak nak bela ini, membela mak...
mandikan mak... masakkan bubur untuk mak... suapkan mak... tukarkan lampin mak...
Tapi... Ampunkan saya mak sebab tak dapat nak menjaga mak dengan sempurna di waktu itu....
Apa yang saya tahu di waktu itu mak?
saya masih mentah... masih berjiwa anak-anak...
tiba-tiba kudrat mak yang cergas, cekap, sehat di ambil DIA... dan mak hanya mampu terlantar...
Dari pandangan mata mak, saya tahu mak sakit... mak.. uhhh...layanan saya tidak sempurna... tapi hanya itu yang mampu anak mak ini laksanakan... Ampunkan saya mak!

Kami sayangi mak.. tapi ALLAH lebih menyayangi mu...
Kami redha dengan kepergian mu kerna itu yang terbaik daripada mak menanggung seksa...

Saya masih ingat lagi...
Sebelum mak sakit... mak makin rapat dengan saya...
Ikhlas saya katakan saya sangat bahagia ketika itu makkk...
Saya ingat lagi... mak mesti menepuk2 pipi saya jika mau kejutkan saya dari tido...
Mak tau tak... Sehingga kini saya masih melakukan itu jika saya rasa malas mahu bangun tido...
sambil mengulangi kata2 mu dulu.. "faten.. bagun fateeennn... banguuunnn"
Sesungguhnya saya amat merindukan mu mak!!!

rindu dengan masakkan mu..
rindu dengan senyum mu...
rindu dengan bau mu...
rindu pelukkan mu..
rindu dengan leteran mu...
Kalau tak kerna leteran mu mungkin saya tak menjadi seperti sekarang...

Sesungguhnya saya rindu kasih syg seorang ibu...
seseorang yang dapat saya berkongsi kebahagian dan kesedihan saya...
seseorang yang boleh memahami jiwa saya...
Walaupun saya cuba menafikan... tetapi sesungguhnya hanya mak yang faham hati & jiwa saya...

Kalaulah mak masih ada sekarang...
akan saya bawak mak tinggal dengan saya, sudah2lah membanting tulang 4 kerat untuk mencari rezki untuk kluarga...
Walau segungung intan berlian saya persembahkan, takkan membalas jasa mak yang hari2 tido lewat dan bangun seawal 4 pagi untuk mencari rezki!
Ya ALLAH... kau tempatkanlah mak ku di kalangan orang2 yang beriman dan orang2 yang KAU kasihi! AMIN.

Untuk mu mak..

Senyum mu...
Tawa mu...
Menghiasi ruang memoriku...
Belum puas rasanya ku menatap kudus wajahmu…
Belum puas ku cium tangan mu…
Belum puas ku Peluk diri mu…
Kau telah pergi…

Kasih mu ku rasakan lebih dari apa pun di dunia ini...
Pengorbanan selama hayat mu takkan terbalas olehku…
Walau segunung intan pun ku persembahkan…
Tak dapat di bandingkan dengan setiap titik keringat mu..

MAK!

Sempatkan kau mengampunkan dosa-dosa ku ketika kau pergi dulu?
Ahhh...
Sesungguhnya ku amat merindukan mu..
Tak bisa aku hentikan…
Tak dapat aku hapuskan…
Rindu ini…

Semoga kau berbahagia di ‘Sana’….
Semoga kau ditempatkan bersama mereka2 yang dikasihiNYA…AMIN!


M. Nasir ~ Bonda
Mak ingat tak, lagu ni selalu berkumandang pagi2 masa kita dok kalut nk kuar beniaga?
saya bungkus nasi lemak & mak pulak dok siapkan tepung apom lenggang...



This song for u! Luv & miss u soOoooooo Muuuccchhhh!!!

notakaku: sesapa yang masih ada mak... hargailah mereka... jangan selepas ketiadaan mereka, barulah nak menyesal... seriously!

Untuk mak saya, Allahyarharmah Zainab binti Udoh.... AL- FATIHAH..
Ampunkan saya... ampunkan dosa2 saya... ampunkan segala dosa2 saya...
Semoga mak tenang di 'sana'... ketahuilah seseungguhnya saya tak penah lupakan MAK!
SELAMAT HARI IBU MAK!!!


Thursday, May 5, 2011

Susulan: Terkepit!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, May 05, 2011 1 pendapatan korang? ;P
CheTens ade cerita yang Jari CheTens telah terkepitan kan..
Sakitnya.. Nahuzubillahhhh.. Hanya ALLAH sahaja yang tahu... huhu!
Susulan daripada kes keterkepitan tersebut adalah, jari CheTens telah bertukar kepada warna kehitaman akibat daripada darah beku yg tersimpan dibawah kuku tersebut..

Arrrggghhh... sangat menyakitkan mata...
CheTens ade memintak pemuda pecantik pemet petua dari kawan-kawan melalui fesbuk, Alhamdulillah banyak feedback!
Mostly menyuruh CheTens biarkan saja kerna lama kelamaan darah beku tersebut akan hilang dan ada jugak yang mencadangkan CheTens meletakkan inat di jari tersebut!
Tapi mana nak cari inai di negara Taiwan ini! huhu...
Nantilah CheTens tengok kat kedai2 India kot2 dorang ade jual Inai... Tapi katanya better pakai Inai daun.. uhhhh... T_T

Jari sehari selepas terkepit...

Hari ini... :(


hmmm.. kalo tak hilang macamana?
tak cantiklah kalo nk sarung cincin nanti T_T (tangan didada, mata ke atas)

Tuesday, May 3, 2011

Tanda tanya... huh!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, May 03, 2011 2 pendapatan korang? ;P
haaaiiihhh... *intro mengeluh*

Kenapakah?
Ya... kegembiraan CheTens ketika mendapat khabar bahawa sudah sampai masanya untuk CheTens pulang ketanahair semakin hari semakin hambar!


Kenapakah?
Kerna.. perkhabaran itu semakin lama semakin buntu daripada jawabannya...

Kenapakah?
Kerna... waktu itu belum pasti tiba...



oOoohhh....
Sampai bila penantian ini..
sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan! T__T





Friday, April 22, 2011

Lawak! ^__*

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, April 22, 2011 2 pendapatan korang? ;P
Salam :)
Bersawangkah blog neh??? hihihi...
Kan CheTens penah ckp dulu yg CheTens ni bukanlah penulis blog tegar..
Tgk pada mOod.. kalo moOd tgh jiwang nk menulis, adalah entry yg timbul dalam blog CheTens ni :)
hmmm... memandangkan ada segelintir kwn CheTens yg dok tnya bila nk update blog..
yaaaa.. harini CheTens tunaikan impian dan hasrat beliau tersebut.... :D
Korang je yg dok bukak blog aku ni weeeiii... maklumlah blog tak glamer... follower pun ada 3 org jah! huhu...

Apa nk cerita ni eh...
Oohhh ok!
Korang suka tgk MAHARAJA LAWAK (ML) tak???
CheTens kalo citer lawak2 ni mmg suka... tak lupa citer2 hindustan romantik! eh over lah kau..

Seblom ni CheTens ni peminat setia Raja Lawak (RL)..
Mmg tak penah miss... tp tgk kat youtube lah... tak kesahlah tgk lmbt sket, janji CheTens boleh gelak & mereleasekan tensen bila tegelak2 ni kannn...
Same goes to ML ni.. hamboi ckp omputeh kau temah! ntah betui ntah tidak... :P
Tgk kat youtube gak ;)

Kalo korang pun layan ML, sape pilihan korang?
berikut pilihan top 5 CheTens dan sebab2nya:

5: BALAS
Sebab depa ni orang Penang :) aci dak??? hihihi..
dan lawak depa ni kdg2 best gak... tp... somethimes tu ada double meanings la pulaks! T_T

4: Sepah
emmm.. sepah.. bersepah jgk gelak CheTens bila tgk dorang perform!
sakit perut aku la wei dgn korang ni... muka memasing tak bole blah...
ketiga2 ahli sepah ada kelebihan masing... setakat ni lawak dorang menghiburkan ;)

3: Nabil
bang bil.. bang bil.. bang bil... den bonci ekau!!! warrgghhh....
aposal lawak ekau lawak sgt! gila!!!
Terus terang CheTens ckp CheTens mmg tak soka bang bil ni...
Tambah2 tgk beliau berlakon dlm movie Sifu & Tongga! haaaiiihhh...
TAPI CheTens tak nafikan yg lawak2 yg Nabil buat dlm ML ni betul2 buat CheTens menolak ketepi perasaan ketidaksukaan CheTens kpd beliau....
sekali lagi ucapan utk Nabil... den bonci ekau!!!! T_T

2. JAMBU
"muka Legend.. tapi hati kiut!" hahahha...
Jambu CheTens rasa satu team yg agak kuat & boleh menjadi pesaing sengit kpd pilihan pertama CheTens! tp disebabkan Jambu tak brapa nk glamer & hensem/kacak, maka popularity jambu agak hambar. CheTens suka Jambu sebab dorang punya lawak, lawak yg matured... berilmu dan creatif! CheTens rasa kalo jambu jadi juara pun CheTens terima dgn hati yg terbuka kerna dorang ni mmg lawak!!!

1. opcos lah.... JOZAN!!!
Hati CheTens berbonga2 nak cerita pasal Jozan... kalo dikarang dalam kertas kajang, mau tiga atau empat muka surat! hahaha.. gatai!
Ok.. kenapa Jozan... :)
sbb... hihihi... malu nak ckp! gedik!!! :P
ok.. 1st of all... mestilah dorang ni berbakat kannnnn.....
mmg tak nafikan lawak2 dorang masa jadi pengacara RL seriusly tak kering gusi..
ada tu smpai meleleh air mata CheTens! wuhuhuuuu....
dan.. sebab sebenarnyaaaa... sebenarnya... haaiiihh... malu nk cakap la! T_T
errr... errrr....
Sebenarnya CheTens soka sama itu budak jijan.... *tutup muka dgn bantal* :P
Kiut je dia kalo buat lawak kannnn... tp kdg2 menyampah gak kalo dia over acting! haahah....
Tapikannn... sesejak zizan menang Pelakon Komedi Lelaki kat APBH 2010 haritu CheTens perasan lawak Zizan dah kureng meyengat! (pendapat CheTens lah)
Yelah org dah dpt banyak job... pengacara sana sini... show sana sini... then skang dah ada show sendiri dgrnya... dah ada kelab kipas sendiri...huhuhu...
kalo zizan ada TERbaca blog CheTens ni, satu je CheTens nk pesan...
"Zizan.. jgn pernah kau berubah ok!" <--- fefeeling retis baca blog ko ke? wakakaka... :P
Johan... yaaaa... Johan u'll be pelawak No.1 negara suatu hari nanti! percayalah..
tu pun kalau Johan terus tingkatkan lawak yg sedia ada skang ni lah... ;)
Johan punya lawak mmg CheTens tabik springggg ah... mmg terbaek!
Dia bole jadi mcm2 watak... dia boleh berspontan time-time tu gak...
Lawak zizan takkan menjadi tanpa Johan... <--- sape setuju... sila angkat tangan mcm awok! :P
so, harap korang tetap menjadi duo terbaek sampai bila2 k!
Salute korang punya persahabatan... ;) <--- fefeeling retis baca blog ko lagi ke? :P

kalo CheTens disuruh pilih antara Zizan & Johan... i'll choose... JOHAN!!!
yaaa.. sebab apa Johan... tggu next entry! bila? emmm.. tgklah kalo CheTens ingat & rajin! whahahha.... :P

oOohhh... Zizan... CheTens tetiba teringat yg CheTens penah tertengok trek selebriti psl zizan ni... katanya nk cari calon isteri yg BERTUDUNG! smoga Zizan tak lupa yg itu ya... T__T <---- feeling zizan bace blog ko ke??? perahsannnnn....

So... itulah pilihan2 hati CheTens! :)
Macamana pilihan korang....

OOohhh... btw, CheTens tinggalkan korang dgn satu lagu yg skang ni membuatkan CheTens addict terhadapnya... ni semua gara2 persembahan Jozan dalam minggu muzikal haritu...
Jom layan sesama :)


kalo tak boleh dengo yang itu... cer dengo yg ini... tp lagu yg dinyayikan oleh penyanyi kat atas tu lagi besh!


Love it... love it... love it... ^_^
Thanks Jozan... Thanks Zizan... muaaahhhxxx... <---- feeling2 zizan nyanyi lagu tu utk ko ke?! :P gila kuat berangan ko neh! haaaiihhh....

Notakaku: hambikkk skali CheTens update panjang berjelaaaa... Jemu korang nk baca kaaannn... :P
 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei