Monday, January 10, 2011

Pembuka Tirai 2011 yg manis ~ kesah Me & LeeChongWei...

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Monday, January 10, 2011
gitttuuhhhh....
Tajuk entry tak bole blah kan? hihihii...
CheTens memang sgt teruja nk menulis entry kali ni.
Baca tajuk pun dah gempak kan? :P
Entry CheTens kali ni panjang sket.. korang sedia nk bace tak?
Kalo korang tak larat nk bace... korang tgk gambar jelah eh! :P

Okeh!
Ini adalah kesah daripada kesinambungan daripada cerita Datuk Lee Chong Wei (LCW) ada di Taipei. Waaahhh... siap ade kesinambungan lagi kan? :p


Al.. kesaaaahhhhh...............

08 Jan. 2011 - SEMIFINAL DAY:
CheTens dan kawan2 telah amek keputusan utk pegi menyokong LCW sbb beliau telah berjaya masuk semifinal. Dengan penuh semangat yang berkobar2 kami tiba di Hsinchuang Stadium! :)
Gila semangat bila tgk LCW beraksi di court! fuuuhhh.... terharu pun ade sbb ni lah 1st time CheTens tgk LCW dpd jarak yg agak dekat! biasanya tgk kat tv je... :)

Sebahagian daripada kami - penyokong MALAYSIA

Abis je game - Datuk LCW Menang straight set (lawan Thai - Boonsak Ponsana) akan ade sesi tandatangan dgn peminat! CheTens & kwn2 pun berlarilah ke luar stadium dgn harapan dpt bertemu beliau! Tetapi hampa bila kami diberitahu Datuk LCW menolak utk sesi tandatangan itu. Bkn kami saja, boleh dikatakan semua yg beratu itu maukan tandatangan LCW! :(

Tak putus harap, CheTens cuba mintak tolong organizer yang kebetulan sebelum tu dok interview CheTens (CheTens masok paper okeh - nnti CheTens paste gambr) .
Organizer tu nama Ron. Punyalah baik beliau... Mcm2 dia tolong kami. mcm2 info yg kami dapat dpd beliau. :)

sapekah beliau yg kacak ini??? hihihi...
Beliau adalah pemain Thai - Boonsak Ponsana nama diberi :)
Kachak kan??? CheTens pun dah jatuh ChenTa sama beliau! ekekekke... :P

Ok! bila dgr LCW taknak wat sesi tandatangan, kami dgn lemah gemalai pun nk melangkah keluar dari stadium...
tetiba Ron dtg dari belakang CheTens then ckp kemungkinan besar Datuk LCW akan kuar utk sesi tersebut tp agak lewat sedikit sbb beliau ade hal yang perlu diuruskan!
Maka.. kembali lah berbonga di hati CheTens!
tggu punya tuggu akhirnya keluarlah wira hati CheTens ini...
sambil tersenyummm... beliau sgt ramah.. tak sombong! :)


Nasib baik kami dpt tahu awal yang LCW akan ada sesi tandatangan, so takdelah panjang sgt kami kena beratur utk berjumpa beliau. Dah amek tadatangan.. gambar (renyeh smpai telinga)... bertegur sapa sesikit.. senyum2 manja sket (hihihi.. ) ok done! puas ati!!!

he was looking at me when i take this pix! gegar beb!!!
Gegar di hati membawak ke tangan.. buleh??? hahahha....




Korang nampak tak betapa besarnya CheTens renyeh + kekembangan idong CheTens! hahahha... :P

TAPIiiiii.........
sesuatu yg menakjubkan telah berlaku! apakah??? jenggg....

bersambung part II.... over kan tetiba nk wat part II, cerita jelahhhh! ;(

Bkn ape, kang CheTens karang panjang2 korang bosan pulak baca entry kali ni! hihihihi :P

Okeh nk tau tak apakah yg menakjubkan tersebut? heee~

Kebetulan, my bos berkenalan dgn staff BWF, Malaysia. En. Selvam yang sgt baik hati orgnya!
Seblom sesi tandatangan my bos ade kata kami teringin nak jumpa LCW but LCW taknak adekan sesi tersebut. So beliau telah janji akan cuba temukan kami dgn LCW! :)
Tetiba bila ada sesi tandatangan maka janji tersebut tak boleh digunapakailah sbb kami dh amik gmbr dgn beliau. So, biasalah manusia tak penah puas! hihihihi...
Sesi tandatangan tersebut hanya 20 min, sape sempat.. sempatlah.. sape tak sempat... nasiblah! hihihhi...
Lps 20min, selepas datuk LCW nk masuk semula ke dlm stadium, tetiba kami terjumpak dgn encik selvam. Kami pun buat muka kesian & beliau memahaminya, lantas beliau berlari ke arah LCW dan teros memanggil kami! Kami apa lagiii.. seperti org mengantuk disorang bantallah...
Teros ke pintu yg menghubungkan tangga ke bilik persalinan datuk LCW, bukak je pintu Datuk LCW ade terpacak disitu! CheTens ni mcm nak menjerit! tp speechless... nk nages pun ade! (sbb terharu) Bygkan NO. 1 WORLD BADMINTON PLAYER tggu kita utk ambik gambar dgn dia! peeerrggghhh... terpegun jap CheTens!!!
Kalo korang tgk gambo CheTens terkembang2 idong tu pepaham jelah tau! :P
Posinglah seblah DatuK LCW yang kuros & tinggi itu.. rapat pulak tu (maaf ye kekawan).. terasa aura beliau!!! ekekekekek... ;p
Ok! dah ambik beberapa keping.. chit chat dua tiga kerat perkataan.. Say congratulations.. and wish good luck for final game esok.. ok done!
Kuar je dari pintu tu, CheTens dgn kawan ape lagi... menjerit mcm org histeria!!!
Semua org dah pandang2... gila!!!! :D

tadaaaa.... jelesss takkk??? *angkat kenin sambil kembang idong*


(kwn sy bernama norma telah buat pengakuan terbuka bahawa beliau telah jeles dgn saya. Sekian harap maklum) :P


Dah tuuuu... tido malam CheTens apa lagiii... dok senyum sorang2! serius!!!
dalam hati dok kata: ko apahal CheTens?? angauuuu... wakakkaka...


9 Jan. 2011 - FINAL DAY:
Datuk LCW vs Peter Gade (Denmark)
Dihari final ni takde ape2 kejadian yang mengejutkan!
Tapi CheTens mmg puas ati dapat pegi sokong Datuk LCW...
Sebenarnya puas hati dpt begambo dgn Datuk LCW.. korang ade? ekekeke.. :P
Ahlamdulillah... LCW menang pd pertandingan final tersebut!
tak sesia kuar anak tekak CheTens bersorak utk beliau!!!
Katanya muka CheTens kuar di tv Malaysia... Korang tgk??? :P

Oklahhh... CheTens dah overdose merepek neh!
Hope korang enjoy reading entry CheTens yg ntah pape kalini... panjang bebenor!
Walau bagaimanapun CheTens tetap nak menyampaikan kpd korang betapa gumbiranya CheTens selama dua hari berikut. Dan ianya akan menjadi coretan dan kenangan terindah untuk CheTens! hiks...
CheTens harap korang pun hepi dgn life korang eh! *wink*
Salam!





pix neh CheTens dedicate utk Datulk LCW! boleh??? hahahhaa... :P


mode: senyummm... senyummmm.. dan senyuuummm lagiiii... :P


2 pendapatan korang? ;P:

fruitted on January 10, 2011 at 2:55 PM said...

amboi amboi amboi boi boi boiiii!!!

sonotnya dia naaa! tak penah aqu nengok hg renyeh selebaq itew.. kali ni renyeh aqu telah dikalahkan dengan renyeh hg la hehe! lawa bju kaler pink hg tu bli kt tepei ka?

~ CheTeNs ~ on January 11, 2011 at 10:45 AM said...

fareha: ngee~~~ :P
yup! baju fink tu aku beli kat sini! :)

 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei