Wednesday, May 12, 2010

Demam Thomas Cup 2010!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Wednesday, May 12, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Iskkkk.....
Ingat nk hapdet blog malam ni. Tp asik layan badminton Piala Thomas, tak sempat rasanya nak hapdet blog ni! huhuuhhu....

Terkini,
Malaysia layak ke semi final dan bakal menentang CHINA!!!
China??? jgn gugup! MALAYSIA BOLEH!!!

Game Quater final tadi benar-benar mencabar minda dan perasaan.
Msia vs Denmark. Denmark memang memberikan pesaingan sengit terhadap Mesia!
Alhamdulillah, wira-wira Msia ini dapat tangkis serangan2 yg hampir mengugurkan jantung!

Tahniah Datuk Lee Chong Wei, Bergu Khoo Kean Keat/Tan Boon Heong serta Hafiz Hasim yg harini mula bangkit dan menebus kekalahan di tangan pemain Jepun samalam!
Yeaaahhh!!! good game hafiz! semangat itu yg kita tunggu.. nampaknya hafiz sudah kembali!

Wong Chung Han jugak tak kurang hebatnya! Chung Han kalah bermaruah malam ni! respek sama lu chung han!!! bagi bergu yg baru di gabungkan zakry dan tien how juga boleh dibanggakan walaupun baru di gabungkan, tapi permainan yg ditunjukkan memang mantap! kekalahan pada malam ni semuanya kalah di set ketiga!

Tak sabar nak tgk semi final Msia vs China nanti.
Mesti sengit!!! huhuhuhu....
Sama-sama lah kita doakan kejayaan Wira-wira negara kita ini!
Bukan utk siapa, tp untuk negara kita jugak... MALAYSIA!!! chaiyoOookkk!!!!

Thursday, May 6, 2010

Kenyang!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, May 06, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Arini Lunch di rumah kak Liza (PA MIDA Taipei). House warming katanya! hihiihi... Tp majelisnya idak le besar-besaran sgt, jemput 3 4 org je! :)
Menunya usah ckp la, amatlah meriah... antaranya, masak lemak pucuk paku (kegemaran Ayu ni), hati lombu masak kichap, udang goreng kunyit, kari ikan susu, heemmm... apa lagi eh... siput retak seribu masak tauchu! fuuuhhh... dgn nasi impit dan kuah kachangnya serta tembikai & mangga! perrgghhh.... abis dietku sebulan! huhuhuhuhu....

Terima kasih pada tuan rumah kerna menjemput saya! *wink*
Skang ni tengah tersandar kekunyangan... Alhamdulillah.. rezki! :)
kat luar nun hujan turun mencurah-curah...
Mata pun makin layu... *yawn* hiks...

p/s: Lenguh aritu dah okey! sikit2 lagi berbaki bisanya masih ade... :)

Monday, May 3, 2010

Lenguh!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Monday, May 03, 2010 0 pendapatan korang? ;P
errkkk!!!
Lenguh pulak bahu seblah kanan sampai ke ujung jari! huhuhuhu....
Dari smlm lagi dh sakit, smpai tak bley tido! :(
Petang tadi udah pi urut, tp dok lenguh tak hilang2 lagi! huhuhuhu....
Tu la... kuat kot sgt smash smlm! wakakaka.. :P

Aku redho dan terima atas sedikit ujianNYA! insyAllah.. esok lusa ok la tuh! Amin... :)

Sunday, May 2, 2010

MEI pulak!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, May 02, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Hahahaha....
Last entry psl April, entry kalini pasal Mei pulak! ;)
Pejam celik... pejam celik sudah masuk bulan MEI! huhuhuhu.... Cepat sungguh masa berlalu! Dah hampir nak masuk pertengahan tahun! Hurrrmmm....
Amacam azam tahun ni? dah dilaksanakan ke belom? ihihihhi...

Ok... kalini nk cerita pasal aktiviti ujung minggu saya di bumi taiwan ni.
Kebiasaannya saya suka outing amik gambar candid warga-warga taiwan, tetapi memandangkan bateri kamera DSLR (D60 je) sy sudah kehabisan, tak dpt la keluar 'menembak'! huhuhhu.... Apesal tak 'charge' je bateri tu???? haaa.... kesahnya! chargernya tertinggal di mesia waktu balik cuti raya cina aritu! huhuhhu.... careless kan!!!

So, nak dijadikan crita, lately ni entah pasaipa (kuar dh lorat utara! hihihih) rajin pulak dok mencuba buat kuih2 tempatan! :P yelah, dulu masa ddk kat mesia nun, nk mkn kuih pi kedai beli ja, tp bila ddk kat negara org... hmmm.. terpaksa la buat sundri! huhuhuhu....

Jadiiii..... minggu ni kuihnya adalah roti jala dan donut! *wink*
Actually kuih muih ni senang je, cuma nak dgn taknak blajar je! :)
Yang untungnya... kawan sy di tingkat 6 tu lah! (rakyat mesia yg juga ekerja disini)
Setiap minggu menjadi tetamu utk menghabiskan kuih muih yg disediakan! biar dia gemOk sket! hihihihhi... :P
So, itulah ceritanya utk ujung minggu ni!
Adesss lenguh tangan pulak gara2 main badminton! huhuhuhuuu....
Bnyk cerita nk bgtao lagi ni, nnti la eh... udah ngantoookkk!!! warrrgghhhh....

Layan gambar ye! :)

Acara hari sabtu:

Kuih jala yg tak brape nk jala rupanya sbb acuannya biin sendirian bhd! ekekekeke...



Acara utk ahari ahad pulak.... DONUT! hihihihi....




Inilah dia tetamu tetapku setiap minggu! *wink*

Thursday, April 29, 2010

APRIL????

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, April 29, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Peerrgghhhh...
Bersawang gilosss blog nih! hihihihi....

Last aku menulis, adalah pada JANUARI 2010! Means, hanpir 3 bulan aku tidak menjengah ke blog ini! huhuhuu... Takpelah, aku tak kesah pun.. iyelah, lagipun blog aku ni bknnya ade pembaca tegar pun seperti blog kwn2 saya yg lain! :)

Sesekali bila tiba ketika seperti mau menulis, disini lah tempatnya!
Bkn takde kwn2 yg bertanyakan samada aku punya blog ke tak, tp malas rasanya nk menwar-warkan kewujudan blog ini. Bknnya apa, apa benda yg aku tulis pon, kekdg tu merepek meraban je! sesuka hati aku nk menulis atau mecurah rasa gituh! hihihihi...

Ape cerita terbaru di akhir april ini ye? hmmmm.... TIADA! sik ada... nada... Mey You.. e'lek..
Perrgghhh... mcm2 bahasa da kuar tuh! cuma tiap kali aku bukak ini blog, aku dok hangin kat perkataan kat atas tu! dari taon lps aku try buang, tak bleh gak! huhuhuhu...
Rasa mcm nk buat je blog baru, tp terasa syg pulak blog yg sedia ada ni. Syg pulak pada entry2 yg lama tuh! huhuhu... Biar je la kan? bkn ade org yg rajin menjengah di blog ni pon. Aku tgk 'feedjit' kat sblh blog aku ni pon, balik2 aku je yg melawat, takde org lain! wakakakka....
aku lebih selesa begini! :)

So, see ya next time! (entah bila pon taktao) hahahha....
Salam *wink*

Notakaku: sehingga aku dapat menghilangkan tulisan 'Tentang sesuatu' kat atas tu, barulah akan ku war-warkan blog ini! kuikuikui... ;P

Tuesday, January 12, 2010

Aku KEGUGURAN!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, January 12, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Salam,
KEGUGURAN????!!!
Tajuk tak hengat kan? hahahaha....
Jangan salah faham pulak, Sebenarnya saya mempunyai masalah yang sangat serius iaitu KEGUGURAN!
Keguguran apa?
keguguran rambut yang sangat melampau! huhuhu...
Pantang simpan rambut panjang sikit, mesti aka gugur! adoiii.... sedih betul...
Kalau menyapu rumah tu, bukan menyapu sampah... meyapu rambut gugur kekdahnya!
Adoiyaiii... ada kekdah tak nak kurangkan rambut gugur ni.
Bagi saya, cara yang paling mudah, pendekkan saja rambut ni. Tapi, teringin jugak nak simpan
rambut panjang! huhuhu....

Orang tua dulu selalu sapu santan dikepala. Selain menyejukkan kepala, ia juga dapat menguatkan dan menghitamkan rambut!
ye ke? hmmm.... nk kena cuba la..

Tapi kat sini santan mahal! huhuuhuh... :(

Monday, January 11, 2010

2010

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Monday, January 11, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Salam,
Post pertama saya sejak masuknya tahun 2010.
Hmmm.... diam tak diam sudah masuk tahun 2010.
Maksudnya umur pun dah semakin meningkat.
Amalan macamana pulak ye? makin meningkat ke? hehehe... InsyAllah. :)

Setiap kali masuk tahun baru, orang mesti akan tanamkan azam baru.
Azam tahun lepas macamana pulak? dah dapat disempurnakan ke belum? hihihi...
Ape azam tahun baru saya ye? Entahlah...
Azam tahun lepas rasanya 65% dh tercapai. Rasanya nk cukupkan 100% la azam tuh.
Means, sambung azam tahun lepas ke tahun ni. Boleh? hiks.. ;)
Ape azamnya? biarlah RAHSIA!!! ekekeke... :P

Rasanya tak terlambat untuk saya ucapkan tahun baru 2010 pada semua!
Semoga tahun ini memberi lembaran baru untuk anda semua dan saya juga. ;)

Pada kawan-kawan yang mengikat tali pertunangan dan yang memasuki gerbang perkahwinan, jutaan tahniah dari saya.
Semoga kalian bahagia sentiasa hendaknya. Amin.

*SELAMAT TAHUN BARU 2010

 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei