Tuesday, July 7, 2009

Hujung minggu...

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, July 07, 2009
Hmmm... Apa cerita hari ini?! ;)
Panas... musim 'summer' kali sama macam musim 'summer' tahun lepas. Tetap panas. Ye lah, nama pun musim panas kan! hiks...
Tapi lain macam panasnya. Alhamdulillah, ini tahun kedua saya menghadapi musim panas di rantau orang - Taiwan. Alhamdulillah, dapat juga merasa nikmat kurniaanNYA di musim panas ini. Panasnya memang tak tahan, lain macam betul! tapi kena ingat juga panas di SANA nanti, berganda-ganda lebih hangat. Nahuzubillah....

Hujung minggu lalu - sabtu (4 Julai 2009) alhamdullillah saya ada buat sedikit makan-makan di rumah. Jemputannya tidaklah ramai, 'geng-geng' badminton sahaja. Meriah jugaklah pada hari tersebut. Seronok sekali sekala buat makan-makan dirumah ni, tidaklah sunyi sangat. ;)
Lagipun di bulan REJAB yang mulia ini digalakkan kita berpuasa dan bersedekah. InsyaAllah, doa-doa di bulan REJAB ini juga mudah dimakbulkan. Jadi, janganlah kita jemu meminta daripadaNYA ya.

Alhamdulillah, hari ini saya berpuasa lagi. Kalau ikutkan, saya ini jenis yang jarang makan di waktu tengahari, daripada diet tak tentu hala, baik saya berpuasa kan! ;))

Okay lah, sampai disini dulu hari ini. Nak pergi solat sekejap, kemudian sambug kerja balik! hiks...

*Lupa nak snap gambar dihari kejadian! sibuk melayan tetamu... heee!

0 pendapatan korang? ;P:

 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei