Entah... menulis disini bermakna saya perlu berkongsi segala cerita dengan umum. Adakah saya seorang perahsia?! MUNGKIN!!! ramai kawan-kawan cakap saya pandai simpan rahsia! ahaks... Mungkin sebab itu saya di gelar pakar Moti'Basi' kot! hiks...
Berbalik kepada topik asal. Bukan saya tidak suka berkongsi cerita, mungkin cerita yang baik.. gembira... motivasi.. dan lain-lain.. boleh dikongsi. Saya lebih suka menyimpan setiap cerita duka, pedih, perit dalam hati. Biar orang sentiasa melihat saya gembira dengan hidup! ya.. Mungkin! ;)
Sesekali rasa ingin berkongsi, dan tak ada siapa untuk diluahkan, disini lah saya menulis! Terima kasih kepada teknologi IT zaman sekarang. Tak perlu lagi membimbit diari dan mengenggam sebatang pen. cuma perlu mengetuk papan kekunci komputer sahaja. Nah.. siap! ;)
Sampai disini dulu, selepas ini mungkin saya akan lebih kerap menulis. Siapa tahu kan...
Salam.
*Sekadar gambar hiasan ;)

0 pendapatan korang? ;P:
Post a Comment