Thursday, July 2, 2009

Ujian?

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, July 02, 2009
Alhamdulillah, Baru lepas siapkan penyata akaun bulanan. Naik berpinau mata mengadap komputer. Apapun tak boleh nak merungut. Kerja adalah satu ibadah. Dan dibayar gaji adalah untuk itu. Maka buat la dengan seikhlasnya. Semoga rezki yang diberi olehNya diberkati selalu. Amin.

Sempat juga berborak dengan sorang kawan melalui Yahoo Messenger (YM) sekejap. Sedih seketika mendengarkan kisahnya. Dia bukan setakat kawan, malah saya sudah menganggap dia seperti saudara sendiri. Siapakan isteri di sisi sorang suami. Apakan nilai sorang isteri kepada sorang suami. Sebab sedikit komunikasi yang tak tekesan, seorang isteri hilang nilai manusianya. Dipukul. Ditampar. Sesuka hati. Dimana hilangnya janji sehidup semati suatu masa dulu. Dimakan janji taklik yang dibaca sewaktu selepas diakadkan! huh! Lelaki... bertindak mengikut nafsu sedangkan Allah memberi 9 akal kepada mereka! Kepada sahabat saya itu, banyak-banyakkan la sabar. Pohonlah petunjuk daripada Allah. Dan redha la dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya anggaplah ini sebagai ujian daripada Allah s.w.t. ya. Ingat aku sentiasa disisi kamu bila-bila masa kamu memerlukan ku. Ingat itu sahabatku!

Pengalaman hidup saya serta orang disekeliling banyak mengajar erti hidup. Setelah mendengar cerita sahabatku itu terasa takut pula untuk membina kebahagian (dalam erti kata lain berkahwin walau pada hakikatnya masih dalam proses mencari cinta. ;) ). Manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Bak kata pepatah, sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula manusia. ;)

Salam.

0 pendapatan korang? ;P:

 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei