Friday, September 26, 2008

Saje Nk Test! ahaks..

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, September 26, 2008 0 pendapatan korang? ;P
Tetibe ngada nk wat cove magazine! kunun la...huhuhu!
Perasan glamer skejap! =P


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Tuesday, September 23, 2008

Dari Jauh Ku Mohon Maaf - Sudirman Hj. Arshad

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, September 23, 2008 0 pendapatan korang? ;P
Dalam Dingin Subuh Hatiku Terusik
Kenang Nasib Diri Dirantauan
Bergema Takbir Raya Menitik Air mata
Terbayang Suasana Permai Desa
Rindu Hati Ini Inginku Kembali
Pada Ayah Bonda dan Saudara
Tetapi Aku Harus Mencari Rezeki
Membela Nasib Kita Bersama
(korus)
Hanya Ku Sampaikan Doa dan Kiriman Tulus Ikhlas
Dari Jauh ku Pohonkan Ampun Maaf
Jangan Sedih Pagi ini tak Dapat Kita Bersama
Meraikan Aidilfitiri yang Mulia
Restu Ayah Bonda Ku Harap Selalu
Hingga aku Pulang Kepadamu
(ulang Korus)
Restu Ayah Bonda Ku harap Selalu
Demi anakMu yang Kini Jauh...
Note: Lagu ini begitu menyentuh hati! waaa.....

Aidilfitri Bakal Menyapa!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, September 23, 2008 0 pendapatan korang? ;P
Hampir tujuh hari sahaja lagi Aidilfitri bakal menjelma. Semua umat Islam masing2 tidak sabar menanti ketiabaannya. Pelbagai persiapan yg dibuat. Semua serba baru.

Bagi aku Aidilfitri tahun ini kurang bermakna. Semakin hampir menjelang hari lebaran, semakin sebak dada ini. Kerinduan terhadap keluarga semakin menerjah. Tapi apakan daya, tahun ini aku terpaksa beraya jauh dari keluarga... jauh dari kampung halaman.. jauh di perantauan! huhuhu..... Tatkala mendengar lagu2 raya yang di putarkan di cOrong2 radio, kesedihan itu menerjah lagi... namun apakan daya ku... ku harus terima dengan redha... sesungguhnya adanya aku di sini.. di bumi Taiwan ini adalah satu anugerah.. Razeki daripada ALLAH s.w.t. Seharusnya aku perlu bersyukur dengan nikmat yang DIA berikan. ALHAMDULILLAH Ya ALLAH.. Sesungguhnya rezeki yg KAU berikan dapat merubah hidup ku dan keluarga. Semoga rezeki ini terus berpanjangan... AMIN!

Selamat Hari Raya Aidlfitri kepada semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia ciptaan ALLAH s.w.t. Maaf Zahir dan Batin! SemOga kehadiran Syawal kali ini memberi 1001 makna buat kita semua!

Salam Aidilfitri dan salam sayang...

Sunday, August 31, 2008

EsOk pOse!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Sunday, August 31, 2008 0 pendapatan korang? ;P
Salam...
EsOk 1 Sept. 2008 bersamaan 1 Ramadhan 1429H, bermulanya semua umat Islam berpuasa...
Aku tak terkecuali... HambaNya yg amat kerdil... Walau di bumi mana kita berada, ibadah itu ttp wajib ditunaikan...
Tetiba ada air jernih mengalir di pipiku... Rindu pada saat2 indah Ramadhan yg lalu...
Rindu menunaikan Solat Terawih berjemaah, Rindu saat bertadarus beramai-ramai di pejabat time opis hOurs.... Ohhh.. really miss all that sweet things!!! huhuhuhu.....
Bkn aku tak penah berpuasa di perantauan... Tp lain pulak suasana pada kali ni... kesayuan acapkali menerpa ke ruang hatiku...
Sedih ketika menunaikan sunat terawih sebentar td... tapi aku ttp bersyukur kerana bersua lg aku dengan Ramadhan yg di Rindui pada tahun ini... Semoga aku dpt menjalankan Ibadah yg ditetapkan olehNya dengan penuh kusyuk... tawaduk serta memperoleh keredhaan Allah dan kelebihan di malam "Lailatul Qadr" seperti dlm firman ALLAH swt bermaksud "Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain" . Semoga Ramadhan ini juga dapat memberi kemuliaan dan keberkatan dengan semangat kekuatan dalam beribadah.
Mudah-mudahan kedatangan Ramadhan pada tahun ini akan memberi manfaat dan faedah yg besar buatku dan semua umat Islam.
Amin Ya Rabbal'Alamin...

Friday, August 22, 2008

ZingEr bUrgEr!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, August 22, 2008 0 pendapatan korang? ;P
Salam,

Lama jgk aku tak update aku nyer bLog kan... Bz la lately nie... Aku bakal dapat new bOs! So, banyak sgt benda yg aku perlu settle.. hapdet... renew... fOrmat... (ngalahkan bOs lak!) ahaks!

Nak cerita nie...
Arini mOde hepi!!! ;D ahaks.... Bkn apa, sekian lama dOk teringin... arini dpt mkn zinger burger (kfc) hahahaha!!! best giler... heaven sgt! (Bg mereka yg berada di M'sia mesti gelak kalo bce statement aku nie!) ahaks.... =p
Ye la kat sini ssh nk dpt mkan2 camtuh... nk dpt mkanan halal payah.... nak nak fastfoOd! lagi la... dh tentu2 taraf keHALALan dia meragukan! huhuhuhu...
Thankz 4 fren yg snggup belikan zinger burger utk aku! ingat jgk aku disini... Seb baik tak kne tahan kat airpOrt cOz bwk msuk mknn tuh..heheheh!
Cayalah!!!

Monday, July 21, 2008

New Hair Cut!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Monday, July 21, 2008 0 pendapatan korang? ;P
Oleh kerana masalah keguguran rambut yg di tahap kritikal, terpaksa lah aku memotong rambutku ini. Potong Pendek terus! Puas ati... Hope lps nie masalah keguguran tersebut berkurangan la...

Tanggal 20 Julai 2008. Rambut ku ini telah pendek kembali, seperti dulu2. Aku telah memilih satu kedai gunting yg berdekatan dgn pejabat aku . Gunting skali ngan cuci.. harga dia, perggghh!!! RM 79.00 (lebih kurang) Adess!! nie la first time aku gunting rambut semahal ini. Teringat time gunting rambut kt kedai gunting rambut dekat kampung aku. Satu kepala dia amik RM5 jer! Murah kan?! ahaks... Potongan pOn cantik! Tp nk wat cane kan.. kira harga tuh standard price ler kt cnie! hehehehe...

Teringin jgk simpan rambut panjang, tp... hurmmm! tak dapet ler... So, kembali ke era sediakala...ahaks!
Seingat aku, dari kecik smpai la aku besar nie, fesyen rambut pendek memang sebati dgn diri aku. Pernah jgk simpan rambut panjang. Tp tak la panjang sgt, setakat lps bahu jer! Last2 pOtong pendek balik! Tak boleh la rmbut panjang.. rasa rimas, tak pOn rmbut itu sendiri akan 'hint' kt aku yg aku nie tak sesuai dgn fesyen rambut panjang... 'hint' dia... GUGUR! kalo rmbut pendek tak la pulak gugur (gugur la jgk, tp tak la bnyk!)

Ingat lagi mase kecik2 dulu... Arwah mak aku cukup tak suka aku berambut panjang. Serabut katanya! hahahaha... memang pOn! aku tak nafikan... ye la time tu aku kecik lg, mne la tau nk jge rmbut kan! ahaks... Terus dipotongnya rambut aku.. Pendek! mcm lelaki! Ahaks...
Dah tu, bila perangai aku kasar mcm lelaki, dia marah pulak! hahahaha...
Tp itu dulu la, skang da jd 'POmpuan Melayu TERAKHIR'! muahahahaha....

Tetiba terasa RINDU pulak kt arwah mak aku! huhuhu....

Mak... I Miss & LOvE U sOoo Much!!!
Al-Fatihah utk mu....

Friday, July 18, 2008

Makan... Makan...

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Friday, July 18, 2008 0 pendapatan korang? ;P
Amboi...
Sesejak msuk bulan rejab yg mulia nie, bnyk betul undangan makan! ahaks...
Bgus jgk dpt mkn free... Tp tu la, cane nk diet kalo mkn time mlm! hahahaha...
Apa la hg nie faten, org jemput mkn pOn bersungut! hish...
Ahaks... Bkn tak bersyukur... syukur sgt bila ada org jemput mkn kt umah. Asyik mkn mskkan sendiri jer... jemu jgk kan... bila sesekali mkn mknn masakan org, baru la rse best sket! hahahah...
Ari rabu yg lepas, aku dijemput mkn umah Ustazan Habesah. Die aku da anggap cam mak aku ler... Kira mak angkat ler... Ahaks!


Menu dia.. perghh!! meleleh ayaq liuq (lorat utara) hahaha...

Menu:
Kari kpl ikan
Udang goreng kunyit
Sambal belacan
Ikan kembung ayaq asam
Masak lemak nenas

Perghh!!! meleleh ayaq liuq time dok cerita nie! hehehehe...



 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei