Tuesday, January 12, 2010

Aku KEGUGURAN!!!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, January 12, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Salam,
KEGUGURAN????!!!
Tajuk tak hengat kan? hahahaha....
Jangan salah faham pulak, Sebenarnya saya mempunyai masalah yang sangat serius iaitu KEGUGURAN!
Keguguran apa?
keguguran rambut yang sangat melampau! huhuhu...
Pantang simpan rambut panjang sikit, mesti aka gugur! adoiii.... sedih betul...
Kalau menyapu rumah tu, bukan menyapu sampah... meyapu rambut gugur kekdahnya!
Adoiyaiii... ada kekdah tak nak kurangkan rambut gugur ni.
Bagi saya, cara yang paling mudah, pendekkan saja rambut ni. Tapi, teringin jugak nak simpan
rambut panjang! huhuhu....

Orang tua dulu selalu sapu santan dikepala. Selain menyejukkan kepala, ia juga dapat menguatkan dan menghitamkan rambut!
ye ke? hmmm.... nk kena cuba la..

Tapi kat sini santan mahal! huhuuhuh... :(

Monday, January 11, 2010

2010

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Monday, January 11, 2010 0 pendapatan korang? ;P
Salam,
Post pertama saya sejak masuknya tahun 2010.
Hmmm.... diam tak diam sudah masuk tahun 2010.
Maksudnya umur pun dah semakin meningkat.
Amalan macamana pulak ye? makin meningkat ke? hehehe... InsyAllah. :)

Setiap kali masuk tahun baru, orang mesti akan tanamkan azam baru.
Azam tahun lepas macamana pulak? dah dapat disempurnakan ke belum? hihihi...
Ape azam tahun baru saya ye? Entahlah...
Azam tahun lepas rasanya 65% dh tercapai. Rasanya nk cukupkan 100% la azam tuh.
Means, sambung azam tahun lepas ke tahun ni. Boleh? hiks.. ;)
Ape azamnya? biarlah RAHSIA!!! ekekeke... :P

Rasanya tak terlambat untuk saya ucapkan tahun baru 2010 pada semua!
Semoga tahun ini memberi lembaran baru untuk anda semua dan saya juga. ;)

Pada kawan-kawan yang mengikat tali pertunangan dan yang memasuki gerbang perkahwinan, jutaan tahniah dari saya.
Semoga kalian bahagia sentiasa hendaknya. Amin.

*SELAMAT TAHUN BARU 2010

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan datang lagi

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, August 25, 2009 0 pendapatan korang? ;P
Hari ini 4 Ramadhan 1430H... Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah jugak dapat lagi mengharungi Ramadhan tahun ini. Semoga Ramadhan tahun ini dapat penuh makna supaya dapat ditempuhi dengan sempurna adanya.

Apa cerita?
Hmmm.... No latest news! Seperti biasa, mengahadapi kehidupan seharian dengan penuh ceria. Bergembiralah dan carilah rezki ibarat akan hidup untuk seribu tahun lagi dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok! ;) Setiap manusia tidak akan lari dengan masalah. Hadapilah dengan tenang. Masalah adalah ujian dari ALLAH. Maksudnya... DIA mengingati kita, dan mengingatkan kita supaya TIDAK LUPA padaNYA. Sebagai umatnya kita perlu redha dalam mengadapi ujian dariNYA ya.

Salam Ramadhan untuk seluruh umat ISLAM seluruh dunia. Semoga kita menjalani ibadat ini dengan penuh kesabaran, keimanan dan keikhlasan.

Tuesday, July 14, 2009

Earthquake!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, July 14, 2009 0 pendapatan korang? ;P
Semalam, jam 2.04 pagi di Taiwan ada 'earthquake' sekuat 6.3 Skala Richter! Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Hari ini, cuaca lain benar. Mendung semacam, macam nak hujan... tapi... entahlah!
Ada yang mengadu rumah mereka retak-retak. Ya Allah, takutnya dengan sedikit ujianMU ini.... Huhuhuhu... Harap-harap semuanya selamat dan baik-baik saja... Amin!

Tuesday, July 7, 2009

Hujung minggu...

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Tuesday, July 07, 2009 0 pendapatan korang? ;P
Hmmm... Apa cerita hari ini?! ;)
Panas... musim 'summer' kali sama macam musim 'summer' tahun lepas. Tetap panas. Ye lah, nama pun musim panas kan! hiks...
Tapi lain macam panasnya. Alhamdulillah, ini tahun kedua saya menghadapi musim panas di rantau orang - Taiwan. Alhamdulillah, dapat juga merasa nikmat kurniaanNYA di musim panas ini. Panasnya memang tak tahan, lain macam betul! tapi kena ingat juga panas di SANA nanti, berganda-ganda lebih hangat. Nahuzubillah....

Hujung minggu lalu - sabtu (4 Julai 2009) alhamdullillah saya ada buat sedikit makan-makan di rumah. Jemputannya tidaklah ramai, 'geng-geng' badminton sahaja. Meriah jugaklah pada hari tersebut. Seronok sekali sekala buat makan-makan dirumah ni, tidaklah sunyi sangat. ;)
Lagipun di bulan REJAB yang mulia ini digalakkan kita berpuasa dan bersedekah. InsyaAllah, doa-doa di bulan REJAB ini juga mudah dimakbulkan. Jadi, janganlah kita jemu meminta daripadaNYA ya.

Alhamdulillah, hari ini saya berpuasa lagi. Kalau ikutkan, saya ini jenis yang jarang makan di waktu tengahari, daripada diet tak tentu hala, baik saya berpuasa kan! ;))

Okay lah, sampai disini dulu hari ini. Nak pergi solat sekejap, kemudian sambug kerja balik! hiks...

*Lupa nak snap gambar dihari kejadian! sibuk melayan tetamu... heee!

Thursday, July 2, 2009

Ujian?

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Thursday, July 02, 2009 0 pendapatan korang? ;P
Alhamdulillah, Baru lepas siapkan penyata akaun bulanan. Naik berpinau mata mengadap komputer. Apapun tak boleh nak merungut. Kerja adalah satu ibadah. Dan dibayar gaji adalah untuk itu. Maka buat la dengan seikhlasnya. Semoga rezki yang diberi olehNya diberkati selalu. Amin.

Sempat juga berborak dengan sorang kawan melalui Yahoo Messenger (YM) sekejap. Sedih seketika mendengarkan kisahnya. Dia bukan setakat kawan, malah saya sudah menganggap dia seperti saudara sendiri. Siapakan isteri di sisi sorang suami. Apakan nilai sorang isteri kepada sorang suami. Sebab sedikit komunikasi yang tak tekesan, seorang isteri hilang nilai manusianya. Dipukul. Ditampar. Sesuka hati. Dimana hilangnya janji sehidup semati suatu masa dulu. Dimakan janji taklik yang dibaca sewaktu selepas diakadkan! huh! Lelaki... bertindak mengikut nafsu sedangkan Allah memberi 9 akal kepada mereka! Kepada sahabat saya itu, banyak-banyakkan la sabar. Pohonlah petunjuk daripada Allah. Dan redha la dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya anggaplah ini sebagai ujian daripada Allah s.w.t. ya. Ingat aku sentiasa disisi kamu bila-bila masa kamu memerlukan ku. Ingat itu sahabatku!

Pengalaman hidup saya serta orang disekeliling banyak mengajar erti hidup. Setelah mendengar cerita sahabatku itu terasa takut pula untuk membina kebahagian (dalam erti kata lain berkahwin walau pada hakikatnya masih dalam proses mencari cinta. ;) ). Manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Bak kata pepatah, sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula manusia. ;)

Salam.

Wednesday, July 1, 2009

Menulis Lagi!

Telah diCeriteraKan oLeh ~ CheTeNs ~ pada Wednesday, July 01, 2009 0 pendapatan korang? ;P
Hari ini 01 Jul. 2009! saya menulis lagi setelah sekian lama meninggalkan blog ini.

Entah... menulis disini bermakna saya perlu berkongsi segala cerita dengan umum. Adakah saya seorang perahsia?! MUNGKIN!!! ramai kawan-kawan cakap saya pandai simpan rahsia! ahaks... Mungkin sebab itu saya di gelar pakar Moti'Basi' kot! hiks...

Berbalik kepada topik asal. Bukan saya tidak suka berkongsi cerita, mungkin cerita yang baik.. gembira... motivasi.. dan lain-lain.. boleh dikongsi. Saya lebih suka menyimpan setiap cerita duka, pedih, perit dalam hati. Biar orang sentiasa melihat saya gembira dengan hidup! ya.. Mungkin! ;)
Sesekali rasa ingin berkongsi, dan tak ada siapa untuk diluahkan, disini lah saya menulis! Terima kasih kepada teknologi IT zaman sekarang. Tak perlu lagi membimbit diari dan mengenggam sebatang pen. cuma perlu mengetuk papan kekunci komputer sahaja. Nah.. siap! ;)

Sampai disini dulu, selepas ini mungkin saya akan lebih kerap menulis. Siapa tahu kan...

Salam.

*Sekadar gambar hiasan ;)


 

~ C E R I T E R A ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei